AHF bersimpati dengan Kumar

IPOH: Persekutuan Hoki Asia (AHF) bersimpati dengan nasib yang menimpa penjaga gol utama negara, S Kumar yang kini terbabit kes doping.

Kumar didapati positif bahan terlarang sibutramine ketika ujian doping semasa kejohanan Hoki Asia di Dhaka, Bangladesh, Oktober lalu. Pemain itu yang tidak membuat rayuan semakan sampel B kini menunggu hukuman oleh badan induk dunia itu.

Namun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Thayyab Ikram yang turut bersimpati dengan Kumar berkata tiada apa yang boleh dilakukan AHF lakukan kerana ia menyentuh dasar dan peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

"Kami memang mempromosi permainan ini tetapi tidak bertolak ansur mengenai salah laku pengambilan bahan terlarang.

"Saya yakin Kumar telah menikmati zaman kegemilangannya," katanya selepas majlis penyampaian sijil Kursus FIH/AHF/Akademi Hoki Raja Ashman Shah di sebuah hotel terkemuka di bandar raya ini hari ini.

Seramai 120 peserta menerima sijil daripada Raja Kecil Sulong Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah Raja Ashman Shah.

Turut hadir, Penasihat Akademi Hoki Raja Ashman Shah, Datuk Seri Raja Eleena Almarhum Sultan Azlan Shah serta Presiden Hoki Perak, Datuk Abd Rahim Md Ariff.

Mengenai kursus itu, Thayab berkata peserta terbabit datang dari 30 negara di benua Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Latin.



Sumber AHF bersimpati dengan Kumar

Post a Comment

Previous Post Next Post