Amir Raja Lawak jual 500 paket air jagung sehari

Amir Raja Lawak berdiri di tepi gerai Air Jagung Amirreka. ― Foto ihsan Instagram/Amir Raja Lawak Amir Raja Lawak berdiri di tepi gerai Air Jagung Amirreka. ― Foto ihsan Instagram/Amir Raja Lawak KUALA LUMPUR, 13 Mac — Pelakon Amir Raja Lawak tidak menyangka air jagung yang dihasilkannya “secara suka-suka” mendapat sambutan menggalakkan.

Nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 30, pelawak itu berkata Air Jagung Amirreka terjual 500 paket sehari di acara tertentu, lapor mStar Online.

“Kebiasaannya saya jual air jagung jika menyertai festival atau acara yang membuka ruang untuk menjual makanan dan minuman.

“Alhamdullilah dapat jual hingga 500 paket dalam masa sehari,” kata Amir, pelakon Gulai Kawah Empulur Pisang.

Pati air jagung tersebut, turut dijual kepada mereka yang berminat, dibuatnya sendiri daripada resepi seorang kawannya.

Ia diusahakan sejak setahun lalu selepas gagal berniaga snek roti bakar diberi nama Roti Bakor Amirreka selama dua tahun.

Untuk yang berminat, anda boleh menyemak Facebook dan Instagram Air Jagung Amirreka HQ atau hubungi 017 3644624 jika ada sebarang pertanyaan.



Sumber Amir Raja Lawak jual 500 paket air jagung sehari

Post a Comment

Previous Post Next Post