'Anak batuk-batuk, pernafasannya terhenti seketika dan mukannya menjadi biru' - Doktor sahkan bayi dijangkiti Pertussis (batuk kokol)

Pada awalnya, si ibu menyangka anak kecilnya hanya mengalami batuk-batuk biasa. Namun lama kelamaan batuknya menjadi lebih teruk sehingga membuatkan pernafasan anaknya terhenti dan muka serta bibirnya menjadi biru. 
Bimbang melihat keadaan anaknya itu, si ibu terus bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Menurut doktor pakar, anaknya mungkin menghidap pertussis, penyakit yang sepatutnya tiada di Malaysia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah untuk menangani penyakit itu dengan pemberian vaksin. 
Malangnya, penyakit pertussis ini kembali menular disebabkan wujudnya golongan anti vaksin yang mudah terpengaruh dengan sumber-sumber maklumat yang tidak sahih.
RAYQA AND PERTUSSIS
SAYA bukan jenis yang suka komplen, tapi perkara ini sangat penting untuk saya share dan tolonglah share kpada yang lain supaya you all tak perlu melalui kesakitan dan kesedihan yang kami lalui. 
29/03/18 Hari ini Rayqa masih di Unit Rawatan Rapi (ICU), malam ketiga kami berada di KPJ Ampang Putri. Tak pernah terbayang perkara ini terkena pada anak sendiri. Sedia maklum penyakit ini mortality ratenya especially to infant agak tinggi. 
Bermula dengan batuk-batuk kecil, mild fever and flu. Masa itu memang ingat normal lagi sebab cuaca pun tak berapa elok. Selepas beberapa hari batuknya semakin kerap, dah mula risau dan bawa jumpa paeds di Demc. Kebetulan untuk ambil inj 2 bulan die Dtap, disebabkan baby kurang sihat, jadi kena tangguhkan. Doktor kata paru-paru semua clear, cuma phelgm saja dan tekaknya merah. We end up with pain killer sahaja. 
After that frequency batuk makin kerap, 3 hari lepas masa saya dah nak masuk tidur, tiba-tiba Rayqa batuk-batuk dan terhenti pernafasannya beberapa saat seperti batuk yang tak lepas. Muka dan bibirnya menjadi biru. Saya panik dan terus terbalikkan badannya ke bawah dan tepuk belakang dadanya. Alhamdulillah dia batuk dan sedar semula. Kami terus rush pergi ke emergency Ampang Putri. Risaunya Tuhan saja yang tahu. 
Doktor terus memeriksa Rayqa dan order few test including influenza, blood test, nasal swab dan x-ray immediately. Kami disuruh admit terus, start on single antibiotic and nebulizer. Malam itu berlaku lagi beberapa episod batuk dan pernafasannya terhenti, mukanya menjadi biru. Semalaman tak tidur. 
Keesokan paginya, doktor periksa dan beri rawatan yang sama. Doktor beritahu paru-parunya ada few white patches dan juga kemungkinan pertussis or whooping cough atau batuk kokol. Sampel dari hidung diambil untuk culture, keputusan akan keluar dalam masa tiga hari. 
Sebagai ahli farmasi, saya dah cuak. Vaksin tak sempat ambil lagi, simptom batuk itu memang dah macam batuk kokol. Saya tegaskan doktor pakar itu mulakan rawatan batuk kokol. Jadi, doktor add zithromax dan start Rayqa on oxygen and monitor her SPO2 continuously. 
Malam itu memang trauma bagi saya, Rayqa batuk setiap jam dan setiap kali itu juga pernafasannya terhenti dan mukanya menjadi biru untuk beberapa saat. Ya Allah, Tuhan saja yang tahu kerisauan saya pada masa itu. Tak lelap walau sesaat sebab takut dia jadi biru. 
Thats it. I demand aggressive treatment sebab nampak keadaan Rayqa semakin teruk. I asked to change to another Paeds, the aggressive one. The moment he checked Rayqa, right away he start treatment for pertussis and also target other viral infections. Terus dia order masuk ICU, start on multiple antibiotic, dexa, neb 4 hrly, ventolin and pulmicort, chest physio and suction twice daily, singulair. Kesian Rayqa terpaksa makan bermacam-macam ubat. 
Yang paling sedih bila IV line dia rosak dan terpaksa buat yang baru. Sudahlah tangan dia halus, dehydrated dan bilik ICU yang sangat sejuk lagi menyukarkan untuk set IV line dia. Selepas cubaan yang kelima, baru dapat. Meraung-raung Rayqa sebab sakit.
Elok habis saja masuk ubat pertama, tiba-tiba line dah tak jalan. Ya Allah, sekali lagi Rayqa kena cucuk sana sini lebih lapan kali. Akhirnya dapat vein di kaki dia. Sampai lembik dia menangis dan mata pandang saya seperti meminta tolong. Selepas itu terpaksa hadapi suction yang menyakitkan pula. Sekali lagi dia meraung-raung. Memang sedih sangat tengok baby sekecil itu terpaksa menghadapi kesakitan yang macam-macam. 
Malam itu, Rayqa nampak better, kurang episod batuk jadi biru. Dia dapat tidur dengan lebih baik. Feeding pun better. Lega sikit rasnaya tetapi saya masih tak berani nak tidur dan memantau dia di sebelah saya. 
Pagi ini Paeds periksa Rayqa dan beritahu dah boleh dipindahkan masuk ke wad biasa. She looks much better, doakan Rayqa cepat sihat ya. 
Now as a Pharmacist, tolonglah faham kenapa kena ambil vaksin pertussis. Sepatutnya Malaysia dah bebas dari penyakit ini namun disebabkan wujudnya golongan anti vaksin ini, penyakit-penyakit seperti ini menular semula. Kita kehilangan herd immunity yang pernah ada dulu. 
Bayangkan jika semua orang vaccinated, andai ada seorang pesakit dari luar negara dengan penyakit itu masuk ke Malaysia, disebabkan semua orang ada immunity terhadap penyakit itu jadi risk untuk dapat penyakit itu sangat rendah, Jadi penyakit itu akan berhenti di situ dan hilang. 
Bila dah mula ada orang yang menolak vaksin, jadi dalam society kita ada yang akan contract penyakit ini dengan mudah sebab tiada immunity pada bakteria itu. End up sakit teruk dan hospitalized. Dari mula dia contract, sehingga dia sihat semula dia menyebarkan penyakit itu pada orang di sekeliling. Andai kata ada yang tak ambil vaksin juga, maka dia pun contracted dan meneruskan penyebaran penyakit itu. Hilang herd immunity yang ada. 
Bayi-bayi, warga tua, ibu mengandung dan mereka-mereka yang suppressed immunity sangat berisiko mendapat penyakit-penyakit ini. Disebabkan golongan anti vaksin yang pentingkan diri sendiri, mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa. 
For pregnant moms out there, I strongly suggest you all should get Tdap Vaccinatio during each pregnancy between 27 and 36 weeks gestation, regardless of when you had the last shot. Saya terkilan sebab tak teringat dan 3 O&G yang saya consult untuk check up sepanjang mengandung tak sebut langsung tentang vaksin ini. Last ambil masa anak pertama. 
Pengambilan Tdap vaccine before or during pregnancy, bantu baby dapat antibodies dari ibu that will offer her some protection as a newborn, when she's still too young to be vaccinated herself. Ask your doctor about this vaccination. 
Expecting mummies out there, please get this vaccination to protect your baby. All the contagious disease is now back in our community. I don't want any other baby go thru what Rayqa had. She's a strong girl. Please pray for her fast recovery. 
ARTIKEL BERKAITAN:


Sumber 'Anak batuk-batuk, pernafasannya terhenti seketika dan mukannya menjadi biru' - Doktor sahkan bayi dijangkiti Pertussis (batuk kokol)

Post a Comment

Previous Post Next Post