Baru seminggu tayang, dah kena tarik balik…

BARU seminggu ditayangkan di pawagan, filem Surf This Love: Gelora Juarakini terpaksa ditarik keluar daripada beberapa panggung atas alasan tiada sambutan dalam tempoh yang diberikan.

Menurut penerbitnya, Amie Zhu telah meluahkan rasa kecewa kerana filem sulungnya yang telah ditayangkan di 47 panggung sejak 22 Februari lalu tetapi hanya empat panggung sahaja yang memainkan filem itu sehingga kini.

“Agak kecewa juga apabila filem tersebut ditarik keluar daripada panggung kerana dikatakan tiada sambutan, sedangkan team kami masih dalam rangka promosi filem itu,” katanya dipetik mStar Online.

Baru seminggu tayang, dah kena tarik balik…

Baru seminggu tayang, dah kena tarik balik…

KREW PEODUKSI BERSAMA BARISAN PELAKON

Tambahnya lagi, dia ada menerima beberapa maklum balas daripada penonton yang memberitahu bahawa mereka tidak sempat menonton di panggung kerana filem tersebut sudah tidak lagi ditayangkan.

Dalam masa yang sama, dia turut memahami bahawa peraturan Syarat Wajib Tayang bagi setiap filem yang ditayangkan perlu ditonton sekurang-kurangnya 15 peratus bagi setiap kali tayangan.

Namun dia turut berasakan bahawa filem Melayu patut diberi peluang supaya tempoh tayangan dapat dilanjutkan kerana mereka perlu bersaing bersama dengan filem antarabangsa yang lain.

“Saya faham mengenai syarat wajib tayang itu, cumanya harap dapat dilanjutkan tayangan filem Melayu di pawagam kerana kita perlu bersaing dengan banyak filem luar.

“Ini adalah filem sulung saya, jadi perasaan teruja itu agak tinggi dan bila mengetahui satu demi satu pawagam menarik balik tayangan, terasa sedih pula,”katanya lagi.

Bagaimanapun, Penerbit Global Solution Resource itu juga langsung tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana perkongsian luahan hatinya itu cuma sekadar pandangan peribadi sahaja.

Walaupun filem Surf This Love tidak berjaya mendapat jumlah kutipan yang menyejukkan hati, tapi ianya tidak bermaksud bahawa filem itu telah gagal.

Ini kerana ia telah dijadikan sebagai pengajaran bagi mereka untuk memberikan lebih lagi usaha demi mendapatkan karya yang lebih berkualiti dalam masa akan datang.

“Saya tak salahkan sesiapa dan faham mengenai peraturan dan syarat yang ditetapkan. Sebagai produser baru, filem ini bukan gagal, cuma masih banyak yang kita kena belajar.

“Mungkin pemilihan waktu kurang tepat dan perlu bersaing dengan filem luar membuatkan jumlah kutipan kurang memberansangkan.

“Harapan saya selepas ini semoga penonton Malaysia akan terus menyokong produk dan karya anak tempatan. Kita tidak akan pernah putus asa untuk menghidupkan industri perfileman negara,” tambahnya.

Filem berkenaan turut dibarisi oleh Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahin, Ardell Aryana dan ramai lgi.

Surf This Love telah diarahkan oleh Wan Mohd Hafiz Wan Hussain dan menelan belanja sebanyak RM1.5 juta kerana telah menjalani penggambaran dekat sekitar Pulau Tioman dan Bali, Indonesia.

Kini, filem tempatan kita semakin payah untuk mendapat sambutan daripada penonton kerana kebanyakan mereka lebih gemar menonton karya luar berbanding filem dari negara sendiri.

Jika bukan kita yang menyokong karya tempatan, siapa lagi yang akan sokong? Kita sibuk menyokong filem luar sampai terlupa tentang kehebatan filem negara sendiri.

Sumber: MYNEWSHUB.CC/ AH



Sumber Baru seminggu tayang, dah kena tarik balik…

Post a Comment

Previous Post Next Post