Bengang Dikaitkan Dengan Perkahwinan Fattzura - Sherry Ibrahim

Apa niat perunding perkahwinan Fattah dan Fazura, Rekateemor meninggalkan komen kepada Sherry Ibrahim meminta dirinya melihat perkahwinan pasangan popular itu di Instagram?

Foto: IG Sherry Ibrahim
Komen tersebut membuatkan Sherry bengang dengan perunding perkahwinan tersebut dan menganggap perbuatan ini sebagai biadap dan tidak menghormati dirinya.

Foto: IG Sherry Ibrahim
Sherry telah memuat naik komen tersebut di Instagram dan memohon penjelasan dari pihak terbabit kerana ini merupakan perbuatan buli siber. Jika tidak, dia akan mengambil tindakan atas perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Foto: IG Sherry Ibrahim

Namun lain pula komen netizen yang mengatakan perbuatan ini tidak disengajakan dan merupakan ‘auto comment’. Pada pandangan netizen perkara ini tidak dilihat pula sebagai buli siber seperti yang dinyatakan Sherry.


Peminat menasihati Sherry supaya tidak perlu melayan komen sebegini pada masa akan datang kerana ada juga artis yang pernah menerima ‘auto comment’ untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan.

Memang benar juga kata netizen. Tidak perlu respon pada ‘auto comment’ begini. Promosi ini mungkin tidak disengajakan dan kebetulan pula kena pada Sherry. 

Post a Comment

Previous Post Next Post