Nazim Othman Berlagak Diva? Jangan Sentuh Rambut Dan Muka Saya

Kenapa dengan Nazim Othman sebenarnya sehingga rambut dan muka pun tidak dibenarkan sentuh? Sudah lama menyepi sejak kebelakangan ini sehingga dia dilabel ‘diva’?

Nazim Othman sebenarnya akan membuat kemunculan dalam drama Mona Lisa yang turut dibintangi Zara Zya, Hafreez Adam dan Mona Allen untuk 80 episod. 

Foto: IG Nazim Othman
Berlakon dalam drama ini menyebabkan Nazim telah berhabis duit hingga mencecah puluhan ribu untuk membeli sut sebanyak 40 pasang dan pakaian kasual lain.

Foto: IG Nazim Othman
“Saya sanggup keluarkan modal sendiri untuk menjaga imej. Lagipun sebagai seorang pelakon kita jangan berkira soal wang untuk imej. Sebab itu semua untuk kerja kita juga dan masa hadapan.”

“Jadi, tak salah untuk habiskan duit bagi menjayakan sesuatu watak itu. Saya ada beli 11 sut di Vietnam dan selainnya tempah di sini sahaja. Kos perbelanjaan saya untuk imej dalam drama itu sebanyak puluhan ribu.”katanya pada Mstar Online.

Foto: IG Nazim Othman
Jika diteliti penggayaan rambutnya dalam drama yang dilakonkan semuanya kelihatan elok dan baik sahaja keadaan rambutnya. Tapi ramai yang tidak mengetahui bahawa gaya rambut yang dijaga rapi itu semuanya adalah hasil buatan sendiri.

Nazim tidak berlagak ‘ diva’ atau tiada jurusolek namun dia lebih selesa mengayakan sendiri dan disebabkan itu dia memang tidak benarkan sesiapa yang cuba menyentuh bahagian muka dan kepala.

Foto: IG Nazim Othman
“Macam rambut dan solekan di wajah saya tak pernah benarkan sesiapa usik. Saya akan buat sendiri. Sebelum datang ke lokasi penggambaran, saya dah bersiap terlebih dahulu.”

“Saya lebih selesa melakukannya sendiri. Jurusolek di set hanya betulkan atau tambah jika perlu sahaja. Tapi hanya solekan, rambut hanya saya saja boleh buat."

Selalunya artis selalu dilihat berusaha menjaga badan supaya nampak sasa dan cantik sentiasa tapi lain pula dengan Nazim Othman. Lain artis lain kerenahnya! 

Post a Comment

Previous Post Next Post