Betulkan niat untuk hidup tenang: Azza Elite

DALAM meniti kehidupan yang tenang, penyanyi dan pelakon, Azza Elite berkata, semuanya bermula dengan niat yang betul.

Malah, selebriti berusia 41 tahun ini turut berkongsi pengalamannya berkaitan perkara tersebut di laman Instagram (IG).

"Setiap kali saya merasa kurang dalam hidup ini. Saya akan selak balik apa yang telah dipelajari di dalam kelas.

"Dan hati akan kembali tenang dan sabar. Tahukan orang yang sabar ALLAH beri kemenangan?," kongsinya.

Jelasnya, niat yang betul akan membentuk individu untuk menjadi lebih bertakwa sekali gus mendapat reda ALLAH SWT.

'Saya dulu selalu memikirkan apa yang saya tidak ada. Kenapa begitu kenapa begini. Asyik complaint bla bla. Sedangkan tak perasan terlalu banyak kelebihan nikmat yang diberikan kepada saya.

"Kadang-kadang, kita fikir tengok orang shooting...ala nak jugekkk nih.. padahal ALLAH beri nikmat berniaga sambil duduk rumah boleh buat duit, boleh pergi kelas mengaji.

                             
"ALLAH bagi nikmat boleh jaga family. Perghhh terfikir saya sekarang ini nearly 22 tahun jadi artis ALLAH bagi nikmat, hujung-hujung ini ALLAH bagi rehat. Itu juga satu tanda ALLAH sayang kita kan?," luahnya.

Biarpun pernah tersilap, pemilik nama sebenar, Nor Azzarima Zawari ini mengakui tidak ralat kerana merasakannya sebagai sebahagian proses pembelajaran.

"Adakah kita hidup untuk nampak hebat di mata manusia. hehehe salah dah niat kita. Bila bangun tidur, oh hari ini saya nak begini begitu, hurmmm dah salah dah niat kita. 22 tahun ALLAH ikut cita-citaku dan sekarang masih lagi ada ruang walaupun lite lite gitu.

"Sikit pun saya tak rasa ralat sebab saya tahu ALLAH menjaga waktu saya untuk istiqamah dengan-Nya dan Alhamdulillah saya follow rapat-rapat cuba buat in ALLAH ways.

"Apa yang ALLAH minta, Islam way of life even I'm still learning. I’m still fighting with my own feeling but ALLAH menunjukkkan yang baik-baik buat saya. Hidup sederhana tak pernah merasa tidak cukup malah ALLAH beri berlebih lebihan" tulisnya.

Pada masa sama, kata Azza, tujuannya menceritakan pengalamannya itu bukan mahu bersikap riak sebaliknya berkongsi perkara yang bermanfaat.

"Jangan salah faham tahu sharing ini. Tak tahu nak cakap nikmat Tuhan beri jika kita betulkan niat, betulkan hati. Kalau bangun tidur stalk orang punya IG tengok dia upload macam-macam lepas itu kita rasa nak berlawan, confirm ALLAH tak beri.

"Hati kita ALLAH yang pegang! Mohon pada ALLAH beri kita hati yang baik. Tak mahu  berawan dengan orang lain. Kita serahkan bulat-bulat tawakal pada ALLAH setelah usaha kita.

"Kalau ada rasa yang tak baik pada orang lain, cepat-cepat kita ucap #astaghfirullah. The more you do good thing, the more good thing will come to you," katanya.



Sumber Betulkan niat untuk hidup tenang: Azza Elite

Post a Comment

Previous Post Next Post