Ruzana Ibrahim nikah 10 Mac

PELAKON  Ruzana Ibrahim bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya, M. Fadhil Zakaria pada Sabtu, 10 Mac ini.

Majlis pernikahan pelakon drama Isteri Tuan Ehsan ini akan berlangsung di sebelah pagi, manakala resepsi pula akan diadakan  pada sebelah petang hari yang sama.

Kedua-dua majlis ni akan berlangsung di Sunway Nexis, Kota Damansara bertemakan perkahwinan dalam taman.

Cukup dikenali sebagai pelakon yang sangat low profile, Ruzana memilih untuk mengadakan majlis yang sederhana dan hanya untuk keluarga serta rakan terdekat sahaja.

Selain berlakon drama TV dan filem, Ruzana juga aktif dan terlibat dengan banyak pementasan teater muzikal termasuk Puteri Gunung Ledang, P. Ramlee The Musical, Dream Girls Broadway Musical, The Secret Life Of Nora, Seussical The Musical, Short & Sweet Musical, Mencari Sumaiyah dan lain-lain.



Sumber Ruzana Ibrahim nikah 10 Mac

Post a Comment

Previous Post Next Post