GARA-GARA keterlanjuran kata berhubung isu pelancaran tudung milik aktres Neelofa di sebuah kelab malam di ibu negara baru-baru ini, pengarah Michael Ang berdepan kecaman netizen.
Michael berkata, video yang dimuat naik olehnya di laman Instagram itu tidak bermaksud untuk menghina mana-mana individu atau memperlekehkan agama Islam.
“Mungkin saya salah guna ayat dalam video itu, maksud saya tempat itu untuk acara event, apa-apa nak buat pun dia akan sewakan. Itu sahaja maksud saya.
“Tapi, saya tersalah cakap boleh buat tahlil di lokasi itu, mungkin saya patut cakap sambutan hari jadi ke, bersanding ke. Saya tersalah bagi contoh,” katanya menerusi Instagram pada Sabtu.
Sebelum ini, pengarah itu ada memuat naik video mengundang perhatian ramai apabila mendakwa, mungkin tiada masalah jika dia mahu menyewa pusat hiburan berkenaan untuk mengadakan majlis tahlil selepas ini.
Isu tersebut turut menarik perhatian komposer dan penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail yang turut menyelar tindakan Michael yang dikatakan mempersendakan Islam dan berkongsi rasa kurang senang tersebut dengan menulis di laman sosial.
Dalam pada itu, kata Michael, dia mengambil ikhtibar atas apa yang berlaku dan menjadikannya sebagai pengajaran.
“Apa yang berlaku saya ambil sebagai satu ujian untuk saya atas keterlanjuran kata-kata dan tak terdetik pun di hati untuk menghina sesiapa.
“Pada komen yang saya padam kerana berbahasa kasar dan menghina, saya maafkan. Orang macam ni yang saya maksudkan yang alim sangat tu.
“Kalau alim betul tak akan keluar kata-kata kesat walaupun ingin marah dan nak tegur. Apa-apa pun terima kasih pada yang memahami,” katanya.
Sementara itu, pengarah drama Hero Seorang Cinderella ini turut memohon maaf di atas kelanjuran kata-kata tersebut.
“Jauh dari dalam hati, saya ingin memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas keterlanjuran kata ini.
“Maafkanlah saya. Tuhan pun maafkan umat dia. Tak akan awak tak boleh maafkan saya. Dah tak payah kutuk-kutuk di Instagram lagi ya,” katanya.
Sumber: Mstar
Sumber “Buat tahlil di kelab malam” – Michael Ang dikecam netizen