Dalam satu kemas kini status di akaun Instagram, Glaze berkata reaksi yang dipaparkannya selepas dicium Perry itu adalah kerana terkejut, dan bukan kerana marah.
Glaze yang menyampaikan lagu "Levels" nyanyian asal Nick Jonas, gagal memberi persembahan terbaik dan ramai mendakwa ia adalah kerana dia terganggu dengan tindakan Perry.
Jelas Glaze, komen yang diberikan kepada beberapa portal berita berhubung insiden itu telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.
"Saya terkejut dan mengakui tidak selesa apabila ia berlaku, memandangkan saya tidak pernah dicium begitu.
"Tetapi saya tidak merasakan ia satu bentuk gangguan seksual. Kegagalan saya untuk memberi persembahan terbaik sewaktu uji bakat itu tidak ada kena mengena dengan tindakan Perry.
"Saya sepatutnya boleh menangani situasi itu dengan tenang, dan gagal untuk memberi persembahan terbaik adalah kesalahan saya sendiri," tulis Glaze.
Dalam sesi uji bakat yang berlangsung di Los Angeles minggu lalu itu, Glaze, 19 tahun, dari Oklahoma, memaklumkan kepada barisan juri yang terdiri daripada Perry, Lionel Richie dan Luke Bryan, yang dia tidak pernah menjalinkan hubungan dan tidak pernah dicium mana-mana wanita.
Perry kemudiannya mencium Glaze dan tindakan itu disifatkan netizen sebagai satu bentuk gangguan seksual kerana dilakukan tanpa kebenaran Glaze.
Sumber 'Ciuman Katy Perry bukan satu gangguan seksual' - peserta American Idol