DAP, PAS didakwa ‘untung’ jika PRU bulan puasa

Seorang lelaki berjalan di tepi susunan poster DAP di Pulau Pinang menjelang PRU ke-12 pada 7 Mac 2008. — Foto AFP Seorang lelaki berjalan di tepi susunan poster DAP di Pulau Pinang menjelang PRU ke-12 pada 7 Mac 2008. — Foto AFP SHAH ALAM, 5 Mac — DAP dan PAS dianggap mempunyai kelebihan dalam kempen jika pilihan raya umum (PRU) diadakan pada Ramadan, bermula pertengahan Mei ini.

Seorang penganalisis politik berpendapat DAP mempunyai masa berkempen sama ada kala kecil hingga besar di satu kawasan, lapor Sinar Harian.

“[...] seperti berkempen dari rumah ke rumah sehingga kepada kempen besar melibatkan program bersama masyarakat...,” kata Ahmad Marthada Mohamed.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia itu berkata Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (Amanah) berdepan kekekangan.

Profesor madya itu memberi contoh kempen yang agak terhad pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang diadakan pada bulan puasa.

“Solat tarawih habis sekitar jam 10.30 malam, dan pada jam 12 tengah malam, segala aktiviti berceramah perlu dihentikan,” kata Ahmad Marthada.

“Dalam soal ini, Umno, Bersatu, Amanah dan PAS tidak mempunyai kelebihan.” 

Namun pensyarah Universiti Malaya berbeza pandangan dengan Ahmad Marthada.

Profesor madya Awang Azman Awang Pawi berpendapat PAS ada nilai tambah kerana ramai pemimpin dan ahlinya menjadi imam solat tarawih.

“Ini menjadi satu contoh terbaik dalam memilih pemimpin dalam ajaran Islam,” katanya kepada akhbar itu.

“Begitu juga bila Ramadan tiba pasti banyak program berbentuk keagamaan diadakan dan siapa paling ramai di situ kalau bukan ahli PAS.” 

Awang Azman dan Ahmad sependapat bahawa DAP mempunyai kelebihan masa berkempen “tetapi perlu menyesuaikan kaedah dan cara” dalam bulan puasa.



Sumber DAP, PAS didakwa ‘untung’ jika PRU bulan puasa

Post a Comment

Previous Post Next Post