Wany Hasrita masuk wad, dijangkiti influenza B

Penyanyi muda Wany Hasrita dirawat di sebuah hospital pagi semalam setelah dijangkiti virus influenza B. ― Foto ihsan Instagram/Wany Hasrita Penyanyi muda Wany Hasrita dirawat di sebuah hospital pagi semalam setelah dijangkiti virus influenza B. ― Foto ihsan Instagram/Wany Hasrita KUALA LUMPUR, 5 Mac — Selebriti muda Wany Hasrita dijangkiti virus influenza B dan dikejarkan ke sebuah hospital pagi semalam. 

Susulan tu, penyanyi Menahan Rindu memohon maaf kerana terpaksa membatalkan program di sebuah acara di Selangor, lapor Kosmo!.

Ibunya berkata Wany, 26, menggagahi persembahannya di Kedah, Terengganu dan Johor walaupun mengadu kurang sihat.

Norita Jaafar, 47, berkata sekitar jam 6 pagi semalam, Wany mengadu lemah dan tiada suara sebaik tiba di rumah dari Johor.

“Tanpa berlengah saya membawa Wany ke hospital dan dia ditahan wad kerana suhu badannya tinggi,” katanya.

Enggan mendedah hospital merawat anaknya, Norita berkata Wany enggan ditahan di wad namun doktor pula bimbang akan keadaannya.

Ibu Wany, nama glamor Nurshazwany Hasrita Hasbullah, menjelaskan jadual padat mendorong artis itu kurang rehat, deman dan mengalami selesema.



Sumber Wany Hasrita masuk wad, dijangkiti influenza B

Post a Comment

Previous Post Next Post