Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia? Coca-Cola Stevia Kini Di Pasaran

Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia? Coca-Cola Stevia Kini Di Pasaran

Pilihan terbaik ketika cuaca panas. (Gambar: Rojak Daily Skop!)

Sejak beberapa tahun lalu, herba Stevia mula mendapat perhatian ramai.

Tidak mengandungi kalori, karbohidrat, lemak dan kolesterol, ia pastinya menjadi pilihan terutama bagi yang mengamalkan diet dan gaya pemakanan sihat.
 
Namun dalam kita melakukan diet, pasti teringin minuman manis atau lebih tepatnya minuman berkarbonat.

Jika dulu, tidak banyak pilihan yang dijual di pasar raya, namun kini minuman berkarbonat berasaskan stevia sudah pun muncul di pasaran Malaysia!

KADAR GULA KURANG 35 PERATUS

Khasiat Stevia kini di dalam minuman Coca-Cola
Syarikat pengeluar minuman berkarbonat kegemaran Malaysia, Coca-Cola hari ini melancarkan Coca-Cola Stevia dengan kemanisan ekstrak semula jadi daripada pokok stevia.
 
Pelancaran produk terbaru ini sekali gus mempelbagaikan segmen minuman Coca-Cola sedia ada termasuk Classic, Light, Zero Sugar dan Vanilla. 
 
Menurut Pengurus Coca-Cola Negara Malaysia, Singapura dan Brunei, Ahmed Yehia, produk terbaru ini tetap mengekalkan rasa Coca-Cola klasik, cuma ia kini 35 peratus kurang gula.
 
“Kami sedar pengguna inginkan pilihan dalam minuman. Memandangkan populariti stevia sebagai bahan pemanis semakin meningkat ke peringkat global, Coca-Cola bersedia untuk memberi inovasi ini kepada mereka,” katanya.

MINUMAN COCA-COLA DIIKTIRAF MENERUSI HCL DAN MOH

Dahaga? Anda boleh dapatkan minuman di pasaraya atau kedai runcit terdekat. 
Jelasnya, setakat ini tiga daripada lima produk Coca-Cola diiktiraf sebagai pilihan sihat menerusi Healthier Choice Logo atau HCL.
 
Selain itu Coca-Cola Stevia turut diiktiraf sebagai minuman pilihan kurang gula untuk pengguna di bawah kategori minuman berkarbonat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH).

Perkara ini sekali gus meyakinkan pengguna untuk beralih kepada produk berasaskan stevia.
 
Untuk makluman, stevia adalah sejenis herba berasal dari Paraguay dan digunakan kaum Red Indian sejak zaman dahulu.
 
Penggunaannya stevia kemudian tersebar di luar Amerika Selatan berikutan penemuan oleh ahli botani, Antonio Bertoni pada 1887.
 
Stevia seterusnya digunakan sebagai pengganti gula kerana ia tanpa kalori dan mengurangkan beban penyakit terutama mereka yang sukar mengawal pengambilan gula.
 
Komponen pemanis utama dalam daun stevia juga dikatakan mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan antikulat.
 
Dengan penggunaan stevia dalam minuman berkarbonat ini, anda bolehlah menjadikan Coca-Cola Stevia sebagai pilihan utama.
 
Coca-Cola Stevia kini boleh didapati di seluruh negara.



Sumber Diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia? Coca-Cola Stevia Kini Di Pasaran

Post a Comment

Previous Post Next Post