Dirawat empat jam, bayi enam bulan mati akibat didera

Polis Seri Manjung menyiasat kes seorang bayi yang mati didera. — Foto ihsan Facebook/Polis Daerah ManjungPolis Seri Manjung menyiasat kes seorang bayi yang mati didera. — Foto ihsan Facebook/Polis Daerah ManjungLUMUT, 24 Mac — Seorang bayi perempuan berusia enam bulan meninggal dunia selepas dirawat lebih empat jam di Hospital Seri Manjung, disyaki akibat didera di sini awal pagi tadi.

Ketua polis daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital tersebut berkaitan kematian bayi terbabit selepas bayi itu disahkan meninggal dunia kira-kira 6.45 pagi tadi.

“Maklumat diperoleh semasa bayi tersebut dirujuk ke hospital kira-kira 2 pagi tadi oleh pihak penjaga dan bayi itu berkeadaan lemah semasa sampai di hospital, selepas disyaki berlakunya kes penderaan. 

“Rawatan awal telah diberikan terhadap bayi tersebut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Hanif berkata siasatan lanjut diteruskan dan bayi tersebut akan dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. — Bernama



Sumber Dirawat empat jam, bayi enam bulan mati akibat didera

Post a Comment

Previous Post Next Post