Terjunam ke gaung, lelaki maut tercampak dari kenderaan

Kenderaan pacuan empat roda terjunam ke gaung mengakibatnya pemandu maut dan dua rakannya cedera. — Foto ihsan Facebook/Gabungan Anak TerengganuKenderaan pacuan empat roda terjunam ke gaung mengakibatnya pemandu maut dan dua rakannya cedera. — Foto ihsan Facebook/Gabungan Anak TerengganuHULU TERENGGANU, 24 Mac — Seorang lelaki maut selepas Toyota Hilux yang dinaikinya terbabas lalu menjunam ke gaung sedalam tujuh meter.

Mohd Sabri Mohd, 38, mati pada 8.15 pagi ketika dalam perjalanan ke hospital akibat cedera teruk di kepala dan badan, lapor Kosmo!.

Kejadian di Kilometer 391.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) itu berikutan mangsa gagal mengawal kenderaan pacuan empat roda lalu merempuh pembahagi jalan sebelum terjunam.

“Kemalangan itu berlaku dalam keadaan hujan renyai dan kesemua mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan itu setelah terjunam ke dalam gaung berkenaan,” kata ketua komander operasi bomba Kuala Berang.

Mohd Salleh Abdullah berkata dua lagi individu dalam kenderaan Rozita Mohd, 26, dan Tengku Muhammad Ridhwan Tengku Rohaizak, 4, cedera.

Mereka yang cedera dibawa ke Hospital Hulu Terengganu.



Sumber Terjunam ke gaung, lelaki maut tercampak dari kenderaan

Post a Comment

Previous Post Next Post