Fasha Tak Terkesan Dikecam Gara-gara Foto Seksi Dedah Dada

Perkongsian Fasha Sandha mengenai sekeping foto menunjukkan dia memakai pakaian tradisi masyarakat India iaitu lenga baru-baru ini telah mengundang kritikan netizen.

Foto yang dimuat naik menerusi Instagram itu dirakam ketika menghadiri majlis berinai pelakon Elvina Mohamad pada minggu lalu.

Berdasarkan komen daripada para pengikutnya, ramai berpendapat penampilan selebriti berusia 34 tahun itu agak keterlaluan ekoran bahagian dada pakaian itu dilihat terdedah dan ia tidak sesuai dengan imejnya sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

Malah rata-rata meminta pelakon drama rantaian Syurga Yang Kedua itu memadam foto berkenaan daripada Instagramnya.

..

Memetik laporan mStar online, Fasha bagaimanapun merasakan tiada sebarang keperluan untuknya dia berbuat demikian malah tidak merasakan foto itu telah mengundang kontroversi.

"Saya tidak tahu pula ramai yang mengecam kerana tidak membaca ruangan komen. Tetapi saya tidak akan memadam gambar tersebut.

"Apa orang hendak cakap, cakaplah. Ia tidak memberi kesan kepada saya pun. Ruangan komen pun saya tidak tutup," katanya.

Menjelaskan situasi sebenar, Fasha berkata, gambar tersebut kelihatan seksi mungkin disebabkan kedudukan kamera ketika jurugambar merakamkan gambar itu.



Sumber Fasha Tak Terkesan Dikecam Gara-gara Foto Seksi Dedah Dada

Post a Comment

Previous Post Next Post