Peminat Lelaki Bakar Gambar Irene Tanda Protes

Sekumpulan peminat lelaki yang tegar meminati kumpulan Red Velvet bertindak membakar foto dan barangan salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Irene.

Tindakan tersebut sebagai menunjukkan kemarahan dan protes mereka  ekoran Irene mengakui membaca novel kewanitaan.

Ketika acara bertemu peminat pada hujung minggu lalu, Irene ditanya apa buku yang dibacanya baru-baru ini? Lalu penyanyi itu menjawab, novel feminis bertajuk 'Kim Ji Young, Lahir 1982'.

Novel 'Kim Ji Young, Lahir 1982' mengisahkan situasi dan keadaan wanita dalam masyarakat Korea hari ini. Novel tersebut terdiri daripada anekdot kehidupan Ji Young di mana dia menggambarkan betapa lelaki dan perempuan diperlakukan secara berbeza.

Pendedahan Irene itu lantas mengundang kemarahan dan amukan peminat lelaki apabila mengetahui mengenai buku itu. Rata-rata mengkritik, menghina, dan mengecam Irene dan menegaskan mereka akan meninggalkan Reveluvs (nama kelab peminat Red Velvet). Mereka memuat naik gambar-gambar Irene yang dibakar.

..

Bagaimanapun ada juga peminat yang membela Irene dan mengkritik orang yang membakar barang berkaitan bintang itu. Malah alasan mereka mahu keluar dari kelab peminat tidak relevan.

Ekoran isu tersebut tular, netizens Korea juga turut mempertahankan Red Velvet dan juga menyatakan bahawa idola tidak memerlukan peminat seperti itu.

"Peminat lelaki Korea membakar poster dan gambar Irene selepas dia memberitahu yang dia membaca buku mengenai feminisme. Ini melampau. Keangkuhan mereka menjijikkan. Lelaki dengan ego besar, otak kecil dan tiada logik. "

"Irene tidak memerlukan peminat lelaki seprti itu kerana mereka palsu dan hanya suka penampilannya. Beliau mempunyai banyak peminat wanita yang akan menyokong dan menjaga, komen seorang peminat.

"Irene mendapat keprihatinan dan seksual di banyak laman web Korea oleh peminat lelaki itu.

"Pelajaran yang baik mereka pergi kerana dia membaca buku tentang feminisme, lelaki benar-benar sampah," tulis seorang lagi peminat membela nasib idola kesayangannya itu.



Sumber Peminat Lelaki Bakar Gambar Irene Tanda Protes

Post a Comment

Previous Post Next Post