Festival kuih kapit catat rekod MBOR

SUNGAI PETANI: Festival Kuih Kapit sempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2018 berjaya mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dengan penyertaan paling ramai pembuat kuih kapit berjumlah 1,210 orang.

Sijil tersebut ditandatangani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2018 di pekarangan Dataran Amanjaya Mall di sini malam tadi.

Turut hadir, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Festival berkenaan bermula dari 10 pagi hingga 8.30 malam, dengan sasaran memecahkan rekod terdahulu sebanyak 1,148 pembuat kuih kapit oleh MCA Negeri Sembilan pada 2002.



Sumber Festival kuih kapit catat rekod MBOR

Post a Comment

Previous Post Next Post