Foto Tiz Zaqyah peluk lagenda bola sepak Roberto Carlos dikritik

Buat peminat bola sepak tentu sekali anda tahu dengan pemain legenda Brazil, Roberto Carlos. Memang  teruja sungguh kan kalau dapat bertemu dengan beliau.

Baru-baru ini Roberto hadir ke Malaysia untuk menghadiri majlis pelancaran beliau sebagai duta kepada syarikat penerbangan popular Air Asia. Antara artis Malaysia yang bertuah yang dapat bertemu empat mata dengan Roberto adalah Tiz Zaqyah.

Tiz menerusi akaun Instagramnya turut memuat naik foto yang mengundang kontroversi apabila berpeluk mesra dengan pemain bola sepak tersebut. Walaupun Tiz sudah menutup ruangan komen di Instagram, beliau tetap dikritik oleh netizen menerusi laman sosial media yang lain.

Namun, Tiz nampaknya tidak begitu mengendahkan komen netizen dan menyifatkan mereka yang mengecam beliau mempunyai perasaan dengki yang tinggi.

Fikir positif, Tiz agaknya tidak sedar dan hilang kawalan diri kerana terlalu teruja dapat bertemu dengan Roberto. Iyalah, bukan senang dapat beramah mesra dengan pemain legenda antarabangsa. Heh..

Sumber: BN


Sumber Foto Tiz Zaqyah peluk lagenda bola sepak Roberto Carlos dikritik

Post a Comment

Previous Post Next Post