Kalau sebelum ini beliau membuat nada seperti memperlekehkan sebuah jenama telefon, kini adik Neelofa, Ameera Khan kembali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai. Kali ini Ameera di laman Twitter, membuat satu kenyataan yang kedengaran agak meninggi diri.
Dalam satu tweet, Ameera berkata beliau tidak belajar di sekolah antarabangsa semata-mata untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), (semestinya dengan nada yang biasa yang kita dengar seperti “ewwww, Samsung?”).
Kenyataan Ameera itu sekaligus membuatkan ramai jelek dengan sikapnya yang sombong dan turut mengaitkan dengan kejayaan kakaknya, Neelofa yang juga mengambil SPM dan mendapat keputusan cemerlang.
Ada juga mereka yang mengaitkan kenyataan Ameera itu dengan sedutan video yang viral baru-baru ini mengenai beliau yang tidak suka membaca buku membuatkan sikapnya kurang cerdik memberikan kenyataan kebelakangan ini.
Untuk pengetahuan, sekolah antarabangsa tidak memperuntukkan anda untuk mengambil SPM tetapi mengambil IGCSE. Tapi rasanya sekarang di Malaysia sudah ada sekolah antarabangsa yang meyediakan sistem seperti sekolah biasa yang memerlukan anda menduduki SPM.
Mungkin Ameera tidak mengetahui mengenainya kerana mungkin kerana kurang membaca. Apapun tidak salah untuk Ameera untuk menyatakan sesuatu pendapat, tapi mungkin caranya perlulah bertempat dan tidak nampak mendongak ke langit sangat ya. (rtky/w)
Sumber “I didn’t go to international school to take SPM. What a joke!” – Adik Neelofa