Gambar Stesen Bas Lama Pekan Rantau Panjang Ini Menang Istanbul Photo Awards 2018

Gambar Stesen Bas Lama Pekan Rantau Panjang Ini Menang Istanbul Photo Awards 2018

Foto: Berita Harian

Satu-satunya jurugambar yang mewakili Malaysia, Fathil Asri dari The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), memenangi tempat pertama Istanbul Photo Awards 2018 bagi kategori 'Single Nature & Environment'.
 

Gambar tersebut berkisar keadaan di stesen bas lama pekan Rantau Panjang yang terperangkap akibat banjir dari limpahan air Sungai Golok. Stesen bas itu adalah satu daripada tempat yang paling tinggi di dalam pekan Rantau Panjang yang dilanda banjir pada 4 Januari 2017 yang lalu.

Gambar stesen bas lama pekan Rantau Panjang dilanda banjir.

Kemenangan itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai AS$8,000 (RM31,160.46).

 

Menariknya lagi, kejayaan itu adalah kemenangan kali ketiganya pada peringkat antarabangsa selepas WAN-IFRA Contest (Pingat Emas) dan China International Press Photo Awards (Pingat Perak) pada 2009.

 

"Saya langsung tidak menjangkakan gambar pemandangan dari udara keadaan banjir di Rantau Panjang akan memenangi anugerah berkenaan memandangkan pertandingan itu menerima 37,000 gambar."

 

"Saya hanya mencuba nasib menghantar dua keping gambar terbaik termasuk penduduk mengusung jenazah meredah banjir yang masing-masing diambil pada Januari tahun lalu", jelasnya kepada Berita Harian.

 

Istanbul Photo Awards adalah pertandingan fotografi antarabangsa anjuran Anadolu Agency yang menerima 37,000 gambar setiap tahun dari 125 negara sejak 2015.



Sumber Gambar Stesen Bas Lama Pekan Rantau Panjang Ini Menang Istanbul Photo Awards 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post