Plug-in: Kehebatan Kamera AI Vivo V9, Ini Lima Perkara Anda Perlu Tahu!

Plug-in: Kehebatan Kamera AI Vivo V9, Ini Lima Perkara Anda Perlu Tahu!

Vivo V9 dilancarkan petang semalam dengan dua variasi warna. (Gambar: Vivo)

Penaja utama Piala Dunia 2018 yang bakal diadakan di Rusia sekali lagi menampilkan produk baharu dalam segmen telefon pintar mereka.
 
Kali ini telefon pintar yang dihasilkan bukan calang-calang, malah mengikuti trend dan kehendak pasaran.
 
Buktinya Vivo V9 ini dihasilkan dengan ciri moden seperti paparan skrin penuh dan penggunaan kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI).
 
Bagi anda yang teruja dengan penampilan khas telefon pintar ini, ini lima perkara yang anda perlu tahu.
 
1.KELUASAN SKRIN PENUH HINGGA 90 PERATUS
 Paparan skrin penuh dengan kehadiran 'notch' di atas.
Vivo V9 menawarkan reka bentuk kompak yang lebih luas dengan paparan skrin 6.3 inci berbanding model sebelumnya dengan saiz 5.5 inci.
 
Paparan V9 ini juga menggunakan nisbah 19:9 bagi meningkatkan saiz skrin sebanyak 5.2% berbanding generasi sebelumnya iaitu V7 Plus.
 
Selain itu bezel atau bingkai pada skrin juga dikurangkan sebanyak 19% kepada hanya 1.75mm.
 
Dengan menggunakan paparan penuh ini, pengalaman pengguna menonton video tentunya akan lebih baik dan menyeluruh.

2.FOTOGRAFI AI
 
Teknologi AI sememangnya antara yang difokuskan pengeluar kali ini. Vivo juga tidak ketinggalan memastikan telefon pintar mereka dilengkapi fungsi AI.
 
Kamera utamanya dilengkapi lensa 16 megapixel (MP) dan 5MP. Bagi kamera hadapan pula ia dilengkapi 24MP.
 
Kedua-duanya dipantau oleh sistem AI yang mampu menyelaraskan kualiti gambar mengikut suasana dan objek yang diambil.
 
Fungsi HDR-AI contohnya akan menghasilkan foto lebih jelas dengan warna yang lebih menarik dan perincian yang lebih tajam.
 
AI-Face Beauty pula mampu mengenal pasti umur, jantina, warna kulit dan tekstur kulit anda.
 

Menerusi teknologi ini, hampir satu juta imej wajah dari seluruh dunia telah digunakan untuk melatih algoritma.

Apabila penggunaan meningkat, AI akan mempelajari pilihan tetapan paling sesuai secara automatik.
 
3. SWAFOTO KEKUATAN VIVO
 
Mod permainan juga dipertingkatkan.
Siapa boleh lupa ungkapan Datuk Sri Siti Nurhaliza ‘tiada jurugambar, tiada masalah’ pada iklan Vivo.
 
Daripada kemunculan awal jenama ini, mereka sentiasa memfokuskan keupayaan kamera depan untuk fungsi swafoto.
 
Menerusi V9, ia dilengkapi A-Selfie yang baru juga membolehkan pengguna membuat karya seni artistik tanpa persediaan peralatan yang rumit.
 
Algoritma AI V9 mengubah profil wajah dalam foto asal 2D menjadi model 3D untuk memproses cahaya secara dinamik.
 
Pengguna juga boleh memilih  pelbagai kesan seperti Latar semulajadi, lampu studio, latar belakang sdtereo dan latar ‘Monochrome’.
 
4. AI OPTIMUMKAN TELEFON PINTAR
 
Fungsi AI tidak terhad pada tetapan kamera semata-mata kerana AI secara dasarnya bertindak untuk membantu pergerakan dalam telefon pintar anda.
 
Menerusi V9, AI ini akan memastikan prestasi mudah alih dan daya tahan terbaik.
 
Jadi bagaimanakah AI ini berfungsi?
 
Sistem AI akan mempelajari ciri dan pilihan penggunaan anda, sekali gus mampu meramalkan pergerakan anda sebanyak 20% lebih cepat.
 
Selain itu kapasiti bateri sebesar 3,260 mAh juga menjanjikan ketahanan sepanjang hari.

 
5. BARISAN PERSONALITI BARU

Duta baru Vivo, Alvin Chong. Vivo turut terkenal dengan pengambil duta yang hebat. Jika di Malaysia, Datuk Sri Siti Nurhaliza antara yang dikenali ramai.
 
Namun kali ini Vivo membuat keputusan dengan menambah Alvin Chong dalam barisan artis mantap sedia ada
 
Alvin dinamakan sebagai Ikon Muzik Vivo, sekali gus menyertai duta Vivo Janna Nick dan iko Swafoto Joyce Chu.
 
Jika diimbas kembali, Alvin mula menambat hati peminat hiburan Malaysia menerusi wataknya dalam drama 'Suri Hati Encik Pilot'.
 
Bintang muda ini dikatakan mempunyai persona yang sesuai dengan ciri jenama Vivo.
 
Vivo V9 menawarkan warna hitam mutiara dan emas bermula 31 Mac 2018 di semua wakil jualan Vivo seluruh negara.
 
Harga jualan pula adalah RM1399!



Sumber Plug-in: Kehebatan Kamera AI Vivo V9, Ini Lima Perkara Anda Perlu Tahu!

Post a Comment

Previous Post Next Post