Rambut yang menjadi mahkota setiap manusia turut menarik perhatian dunia apabila ditampilkan dalam gaya yang unik.
Seorang senator wanita di Rusia cukup terkenal dan dikenali ramai di arena antarabangsa, namun bukan kerana khidmat atau pengorbanannya dalam politik, tetapi kerana gaya rambutnya yang cukup pelik.
Valentina Petrenko, 62, dari Khakassia di wilayah Siberia memiliki perwatakan yang digambarkan netizen sebagai watak wanita jahat James Bond kerana gaya rambut kerinting besar serta bulu matanya yang “dilukis” sedemikian rupa.
Menurut laporan Newsweek, gaya rambut Valentina yang sememangnya terkenal di Rusia baru-baru ini menjadi bahan jenaka dalam kalangan pengguna internet khususnya laman sosial luar daripada negara itu.
Menurut senator yang akui sudah cukup letih menjawab soalan berkaitan rambutnya pernah memberitahu beliau sekadar menyisir rambut kerintingnya ke atas dan pinkannya.
Walaupun tidak begitu selesa dengan pertanyaan dan tumpuan yang diberikan pada rambutnya, Valentina tetap menjawab dan “bertidak kisah” apatah lagi selepas menjadi perhatian netizen.
Walaupun begitu, wanita itu juga dianggap sebagai seorang yang “dingin dengan pandangan tajam”.
Merujuk kejayaan politik, Valentina yang lahir di Kazakhstan pernah membantu dalam rundingan pembebasan tahanan kanak-kanak yang mana beliau dianugerahkan dengan “For Personal Courage” pada 1993.
Dalam rundingan itu, Valentina menawarkan dirinya untuk menjadi tebusan menggantikan kanak-kanak tersebut.
Walaupun beliau seorang yang berkuasa dalam parti komunis negara itu dan memegang pelbagai jawatan penting negara, ia tidak menghalang netizen daripada terus “troll” beliau dan rambutnya.
Pengguna Twitter, Alex Bruce-Smith misalnya berkongsi, “Saya baru sedar gaya rambut senator federasi Russia, Valentina Petrenko dan saya kena kongsi berita ini.”
Manakala pengguna bernama ShaneShane pula menulis, “Saya tidak tahu apa-apa mengenai Valentina Petrenko kecuali saya mahu rakam gambar beliau dan bawanya bersama ketika singgah salun rambut selepas ini.
“Ada sesiapa yang memeriksa rambut senator Russia Valentina (Petrenko) jika ada racun, peranti pendengaran atau robot pengintip? Mungkin ada banyak benda berada dalam rambutnya itu”,” tulis seorang lagi.
Namun, Valentina bukanlah satu-satunya ahli politik dunia yang terkenal atau dipopularkan kerana gaya rambut mereka.
FMT Ohsem turut menyenarai beberapa ahli politik dan individu di sebalik menguasai dunia kerana jawatan dan pengaruh tetapi terkenal kerana gaya rambut yang unik, pelik atau sekurang-kurangnya wajar diberi ruang dalam rencana ini.
1. Kim Jong Un
Presiden Korea Utara, Kim Jong Un terkenal kerana gaya rambutnya. Ia dikatakan salah satu daripada 18 pengayaan rambut yang dibenarkan kepada lelaki di negara itu. Terdapat petikan berita menyatakan Jong Un memotong sendiri rambut kerana takut menghulur kepalanya kepada tukang gunting rambut.
2. George Washington
Presiden pertama dan negarawan terulung dunia dari abad ke-18 ini mempunyai gaya rambut yang signifikan. Ramai yang ragu-ragu jika ia rambut palsu, sebenarya tidak. Bahagian atas tengah yang ditarik bersih dengan bahagian tepi yang sudah beruban dibiar kerinting, namun kemas. Bahagian belakangnya, ikatan gaya “ponytail” dengan rambut yang beralun. Percayalah, ia rambut sebenar beliau dan terkenal sehingga hari ini.
3. Ratu Elizabeth II
Wanita ini mempunyai pengikutnya yang memerhati pakaian serta gaya penampilan beliau di khalayak. Tetapi bercakap mengenai gaya rambut tidak banyak yang berubah. Ikon Diraja ini memiliki rambut pendek, disisir kemas ke belakang dengan keringting di hujung, menjadi pilihan beliau untuk sekian lama. Filem Hollywood juga memberi tumpuan kepada rambut watak “permaisuri” yang rata-rata sama seperti Ratu Elizabeth II.
4. Donald Trump
Mana boleh terlepas nama presiden Amerika Syarikat terkini apabila bercakap mengenai gaya rambut. Ia menjadi salah satu gaya rambut terkenal dan paling banyak dilapor di dada akhbar mahupun portal gaya hidup, tidak kiralah atas sebab menyindir atau bergurau. Ada laporan menyatakan beliau mengambil ubat yang memberi kesan mengelak rambutnya daripada gugur.
5. Aung San Suu Kyi
Ahli politik dan diplomat dari Myanmar itu mempunyai gaya rambut yang tersendiri. Walaupun ringkas, di mana ia sekadar disanggul longgar di bawah kepala, tidak ketinggalan dihiasi bunga dan bahagian hadapan yang disisir ke tepi. Gaya tersebut dipraktik sejak sekian lama. Ramai juga tertanya-tanya sebab di sebalik bunga yang dikenakan. Suu Kyi pernah berkata ia sekadar amalan budaya wanita Myanmar yang kini semakin dilupai.
6. Yulia Tymoshenko
Perdana Menteri wanita pertama Ukraine (2007-2010) pernah dikenali seluruh dunia kerana tocang rambutnya yang digayakan di atas kepala seperti “tiara” semula jadi. Pun begitu, keputusannya untuk tidak bertocang, sekadar mengikat “ponytail” dalam satu mesyuarat juga mendapat liputan kerana tampil tanpa gaya rambut “trademark” beliau.
7. Barrack Obama
Selain status beliau sebegai bekas presiden Amerika Syarikat, beliau juga menjadi presiden berdarah Afrika-Asia-Amerika pertama dunia. Mungkin darah kacukan itu juga menyebabkan jenis rambutnya tidak dapat dikesan sepenuhnya. Apapun, Obama mengambil keputusan cerdik dengan memotong rambut “pepper and salt”, benar-benar pendek agar kelihatan kemas dan dihormati.
8. Dr APJ Abdul Kalam
Bekas presiden dan saintis tersohor India juga terkenal dengan gaya rambut beliau yang unik. Rambut panjang beliau disisir dari tengah ke tepi secara kemas dan terurus dengan sedikit beralun di bahagian hujung, sedangkan uban yang meliputi kebanyakan kepalanya.
The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.
Sumber Gaya rambut pelik, unik pemimpin dunia