Menurut Sherry menerusi Instagram miliknya, pihak Rekateemor telah memberi penjelasan seperti yang diminta, biarpun tiada bukti sahih yang mengesahkan akaun mereka telah digodam.
"Kita telah bercakap mengenai isu baru-baru ini dan pihak sana sudah memberi penjelasan kepada Sherry bahawa akaun mereka telah digodam.
"Tetapi secara peribadi, tiada sebarang bukti kukuh untuk mengesahkan kejadian itu. Hanya ALLAH SWT sahaja yang lebih mengetahui," tulisnya.
Tambah Sherry, 35, tidak kira sesiapa pun yang telah menulis komen di akaun Instagramnya, perkara itu telah menimbulkan provokasi di antaranya dengan pengikut kedua belah pihak.
"Dengan ini, Sherry dengan hati yang terbuka memaafkan pihak yang telah mencetuskan 'perkara' tersebut dan juga pihak lain yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam 'perkara' ini," ujarnya.
Sherry bagaimanapun menutup ruangan komen pada entri berkenaan.
Sebelum ini, Sherry meluahkan rasa berang apabila perancangan perkahwinan Fattah dan Fazura, Rekateemor, telah tagged nama Sherry Ibrahim di komen mereka.
Menganggap komen sebegitu sebagai buli siber, Sherry berkata, dia meminta perancang perkahwinan terbabit memberi penjelasan sebelum tindakan diambil.
"Pertama saya tidak mengenali mereka. Komen ini ditinggalkan di salah sebuah video yang saya muat naik malam tadi. Komen sebegini boleh dianggap sebagai buli siber dan mengundang risiko serta kurang hormat. Sila beri penjelasan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan lanjut," tulisnya.
Bagaimanapun menerusi update terbaru Rekateemor di akaun Instagram milik mereka, dua jam selepas Sherry memuat naik posting tersebut mendedahkan akaun Instagram mereka telah digodam.
Bahkan Rekateemor juga turut berkongsi emel yang memaklumkan ada individu cuba untuk mengakses akaun mereka.
Sumber Hanya ALLAH yang lebih mengetahui: Sherry Ibrahim