Rozi menerusi Instagram peribadinya turut meminta pihak luar tidak membuat dan menyebarkan khabar angin.
Bahkan Siti, 39, masih sempat menyelesaikan beberapa tugasan biarpun kini sarat hamil.
"Belum...belum...bersalin lagi, jangan buat khabar angin. Elok melawa dan tersenyum lagi ni.
"Masih juga sempat melapangkan waktu menyelesaikan beberapa tugasan," tulisnya beserta gambar bersama Siti, yang kelihatan cukup berseri.
Malah Rozi, 44, juga sempat mengimbau kenangannya ketika sarat hamil suatu ketika dahulu.
"Saya dulu masa uruskan Siti, esok nak bersalin, hari ni masih bekerja keras.
"Siap masak nasi minyak dan menjamu rakan-rakan sekerja lagi sebab nanti akan lama berpantang, tak boleh makan macam-macam," ujarnya.
Dalam pada itu, Siti juga menerusi perkongsian terbaru di Insta Stories Instagramnya turut berkongsi gambar yogurt dan menyifatkan makanan itu adalah penyelamat dari pedih hulu hati sepanjang kehamilan.
Siti dijangka akan bersalin anak sulungnya dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.
Dia yang baru sahaja melancarkan single Comel Pipi Merah akan melahirkan cahaya mata perempuan secara pembedahan.
Rata-rata peminat tidak sabar untuk melihat anak sulung Tuk Ti ini.
Kami juga turut teruja menanti kelahiran cahaya mata sulung beliau dan turut mendoakan agar semuanya selamat kelak.
Sumber Siti belum bersalin lagi: Rozi