'Happy birthday Babi' - Dua Lipa terpaksa tukar kapsyen selepas dibahan netizen Malaysia

Penyanyi Dua Lipa dibahan netizen Malaysia selepas memuat naik gambar dengan kapsyen yang mengandungi perkataan 'Babi' merujuk kepada bapanya, lapor The Star.
Bagaimanapun, perkataan 'babi' dalam bahasa Albania, tempat kelahiran pasangan berkenaan, bermaksud, 'bapa'. 
Lipa memuat naik ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada bapanya di Instagram dengan kapsyen, "Happy birthday babi, I wish I was home to give you a big hug and kiss." 
Malangnya, penyanyi berusia 23 tahun itu terpaksa menukar kapsyen gambar tersebut kepada "Happy birthday dad" selepas dibahan netizen Malaysia di atas penggunaan perkataan babi yang merujuk kepada haiwan khinzir. 

Meskipun begitu, ada netizen yang tampil mempertahankan Dua Lipa dan menggesanya untuk tidak mengubah cara panggilannya kepada bapanya itu. 
"Awak tidak sepatutnya mengubah cara panggilan awak terhadap ayah awak dalam kapsyen @dualipa! Itu hak awak. Saya malu dengan perangai segelintir rakyat Malaysia yang mengecam awak," kata @nnblhzpr. 
"Dua Lipa, maaf di atas apa yang telah berlaku. Di dalam dunia ini ada manusia yang tak reti nak menghormati orang lain. Kami sayang awak, awak tak perlu tukar kapsyen itu kerana itu adalah bahasa awak," katanya yang juga meminta penyanyi berkenaan mengabaikan komen-komen berunsur penghinaan itu.



Sumber 'Happy birthday Babi' - Dua Lipa terpaksa tukar kapsyen selepas dibahan netizen Malaysia

Post a Comment

Previous Post Next Post