'Bahaya objek/mainan diletak bersama makanan, berisiko tercekik' - Ibu bapa perlu berhati-hati, elak kejadian yang tidak diingini

Susulan viral surat terbuka seorang bapa yang meminta pihak pasar raya tidak meletakkan Kinder Joy di kawasan kaunter bagi mengelakkan anak-anak mereka berguling-guling apabila tidak dibelikan coklat bersama mainan itu, laman Facebook Public Health Malaysia tampil berkongsi maklumat mengapa negara Amerika Syarikat mengharamkan coklat tersebut. 
MENGAPA coklat ini diharamkan di Amerika Syarikat? Coklat ini cukup popular di kalangan kanak-kanak ini sebenarnya pernah diharamkan penjualan di negara itu. Mengapa? 
'Kinder Surprise' dihasilkan oleh sebuah pengeluar coklat terkemuka yang berasal dari Itali, Ferrero. Produk popular ini didatangkan dalam bentuk telur dan di dalamnya terdapat dua bahagian coklat di luar dan bahagian mainan di dalam. 
Coklat ini diharamkan penjualannya di Amerika kerana ia bertentangan dengan peraturan yang melarang sebarang objek yang 'tidak bernutrisi' diletakkan dalam makanan kecuali jika ia memiliki fungsi yang berguna. 
Walaupun ia diharamkan penjualannya di negara itu, coklat tersebut masih boleh dibeli di negara jiran seperti Kanada dan Mexico. Ramai yang cuba menyeludup masuk coklat ini ke Amerika dan akhirnya menerima padah. 
Semenjak 2011, pihak kastam telah berjaya merampas kira-kira 60,000 coklat ini dan pelakunya boleh didedan sehingga US$2,500 bagi setiap biji coklat. 
Akhirnya pada Mei 2017, coklat ini akhirnya diberi lampu hijau setelah pengeluarnya bersetuju untuk mengasingkan coklat dan mainan serta ia dipasarkan sebagai 'Kinder Joy'. 
RISIKO TERCEKIK
Pada 2012, FDA telah mengeluarkan satu lagi amaran mengenai risiko tercekik dan kematian bagi objek asing yang diletakkan di dalam makanan. 
"Amaran - Produk ini mengandungi bahagian yang boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik dan tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah"
Di United Kingdom (UK), seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Jennifer Ashton, maut akibat tercekik figura Pink Panther yang terdapat di dalam coklat Kinder Joy. Kes yang sama berlaku di Perancis, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat tercekik mainan dari coklat tersebut dan telah disahkan maut akibat saluran pernafasan tersumbat. 
Susulan dari kes tersebut, keluarga-keluarga mangsa telah berkempen agar coklat tersebut diharamkan di pasaran EU. Pihak syarikat pula menyatakan bahawa kejadian itu merupakan satu kemalangan yang tidak dapat diduga. 
Bagaimanapun akhirnya, pihak Kementerian Perdagangan UK membuat keputusan yang berpihak kepada syarikat pengeluar coklat berkenaan. 
Selain di Amerika Syarikat, coklat ini juga diharamkan penjualannya di Chile berikutan satu undang-undang khas yang telah digubal pada tahun 2013 melarang sebarang bentuk iklan yang menggunakan hadiah seperti mainan sebagai tarikan kepada pembeli khususnya kanak-kanak. 
Kemudian pada tahun 2016, satu undang-undang Pelabelan Makanan baru memaksa pengeluar makanan untuk memasukkan label memberi amaran kepada pengguna mengenai sebarang makanan yang tinggi dalam gula, lemak tepu, sodium dan kalori. 
MIMPI NGERI DI KAUNTER BAYARAN
Di Malaysia, coklat ini bagaikan 'mimpi ngeri' yang sering menghantui ibu bapa apabila tiba di kaunter bayaran. Baru-baru ini telah tular satu status di media sosial yang merayu agar coklat ini tidak lagi diletakkan dk kaunter bayaran dan pasar raya. 
Untuk makluman, bukan sahaja coklat Kinder Joy, segala jenis coklat, makanan ringan dan rokok sememangnya dengan sengaja dipamerkan dan diletakkan berhampiran kaunter bayaran untuk menarik minat pembeli. 
Produk-produk ini bukan sahaja merabakkan dompet ibu bapa tetapi apa yang penting adalah memberi kesan buruk kepada kesihatan kanak-kanak. 
Menyedari akan ancaman ini dan atas desakan masyarakat, beberapa pasar raya utama di negara luar seperti Tescok (UK), Woolworths (Afrika Selatan) telah membuat keputusan untuk melarang jualan coklat dan makanan tidak sihat di rak kaunter bayaran. Rak-rak tersebut telah diisi dengan buah-buahan dan makanan yang lebih sihat. 
KESIMPULAN
Artikel ini ditulis bukan untuk memboikot produk Kinder Joy tetapi untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai dua isu iaitu:
  • Bahaya objek/mainan yang diletakkan bersama makanan
  • Pemasaran produk makanan tidak sihat di kaunter pembayaran
Jika diperhatikan, kesedaran masyarakat luar mengenai kepentingan pemakanan sihat dan selamat telah semakin meningkat. Dengan sokongan dan desakan masyarakat, pelbagai polisi baharu telah diperkenalkan khusus untuk menepis pemasaran produk makanan yang tidak sihat kepada pengguna. 
"Ala, sendiri yang pilih. Tiada sesiapa yang paksa untuk makan."
Ya, memang ia merupakan satu pilihan untuk makan atau tidak. Tetapi pengguna dan masyarakat perlu dilindungi dari pemasaran industri makanan yang sentiasa mempengaruhi masyarakat untuk membuat pilihan makanan yang tidak sihat, kaya lemak, tinggi garam dan gula. 
"Malaysia bagaimana?"
Sumber: Public Health Malaysia

Berdasarkan maklumat dari pembaca, syarikat pengeluar coklat ini juga pernah menerbitkan iklannya di televisyen menggunakan watak Humpty Dumpty bagi mempengaruhi kanak-kanak untuk membeli produk tersebut. Bagaimanapun, wajah makhluk yang menyerupai telur itu agak seram dan menakutkan kanak-kanak. 



Menurut pembaca, dia memberikan anaknya yang sedang makan Kinder Joy menonton video ini. Akibatnya, si anak terus membuang coklat tersebut.

Permintaan ibu bapa kepada pihak pasar raya telah dibuat, penjelasan mengenai produk coklat berkenaan juga telah dikongsi oleh Public Health Malaysia dan kini terpulang kepada pihak berkenaan sama ada mengambil tindakan demi kebaikan semua atau lebih mengutamakan keuntungan.

Ibu bapa perlu bertegas dalam soal mendidik anak-anak dan usah malu jika anak berguling-guling di pasar raya hanya kerana tidak dibelikan makanan ringan tersebut. Biar anak menangis, dari ibu bapa yang menangis di kemudian hari.

ARTIKEL BERKAITAN:



Sumber 'Bahaya objek/mainan diletak bersama makanan, berisiko tercekik' - Ibu bapa perlu berhati-hati, elak kejadian yang tidak diingini

Post a Comment

Previous Post Next Post