Intan Terkilan Kenyataan Ude Minta Berhenti Buat 'Drama' Air Mata

Bekas isteri pemuzik bebas, Ude iaitu Intan Liana Saleh mengaku terkilan dengan kenyataan bekas suaminya yang memintanya berhenti membuat 'drama' dengan menggunakan air mata.

Menurut laporan BH online,  Intan berkata dia juga terkejut dengan kenyataan Ude yang mengatakan hubungan mereka sudah bermasalah sejak dua tahun lalu.

Jelas ibu tunggal dua cahaya mata ini lagi, dia tidak berniat membuka aib sesiapa mengenai komen dibuat bekas suaminya itu tetapi terpanggil untuk membetulkan apa yang tidak benar.

"Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?"

"Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda.

"Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

"Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian)... Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini,"

"Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat 'drama' dengan menggunakan air mata," katanya.

Terdahulu, Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, membuat kenyataan tersebut kepada pihak media sebaik prosedur lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, semalam.

Lelaki itu mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan, sebelum beliau mengenali Izreen yang dinikahinya, Ogos lalu.

Ude melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan, Januari lalu.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri yang berusia setahun.

November lalu, kontroversi tercetus apabila Izreen mendedahkan berkahwin dengan Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.



Sumber Intan Terkilan Kenyataan Ude Minta Berhenti Buat 'Drama' Air Mata

Post a Comment

Previous Post Next Post