'Itu semua penghargaan'

Selepas panggilan ustaz, pengacara TV dan penceramah motivasi, Amin Idris, 37, yang mesra dengan sapaan ‘Bro Amin’ kini digelar Iron Man Malaysia pula.

Jolokan itu mula diterima Amin daripada peminat ciliknya ketika dia muncul menjadi juri dalam program Ceria-i Star di Astro Ceria.

Amin ketika ditemui berkata, apa saja panggilan mahupun gelaran diberikan, ia adalah penghargaan.

“Lagipun, memang dulu saya belajar Syariah & Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), sempat juga belajar sedikit ilmu hadis.

“Namun, saya lebih selesa tidak dipanggil ustaz. Bagaimanapun, jika ada yang memanggil juga, itu satu penghargaan.

“Saya pun sering mengacarakan program agama dan kerohanian, jadi saya terima panggilan itu dengan lapang dada.

“Begitu juga dengan gelaran ‘Iron Man Malaysia’ oleh kanak-kanak, saya amat terharu. Apatah lagi, saya memang peminat tegar Iron Man,” katanya.

Turut meminati Robert Downey Jr yang melakonkan watak Tony Stark atau Iron Man, Amin berkata, dia juga mengumpul koleksi istimewa ‘superhero Marvel’ itu.

Amin berkata, dia juga memiliki koleksi peribadi sut lengkap Iron Man.

Katanya, ia sekadar memenuhi minat dan hobi.

Amin yang juga pengacara program Tazkirah Malam Jumaat di Astro Oasis bersyukur rancangan itu berjaya menembusi pencalonan kategori Program MeleTop pada Anugerah MeleTop Era 2018 (AME 2018).

Amin juga bersyukur dengan pencapaian program kerohanian seperti Tazkirah Malam Jumaat yang begitu diterima baik penonton.



Sumber 'Itu semua penghargaan'

Post a Comment

Previous Post Next Post