'Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui,' luah Ziana Zain

KUALA LUMPUR: SELEPAS dihambat ujian rumah tangga, penyanyi lagu, Ziana Zain meminta orang ramai untuk tidak membuat andaian sekiranya tidak pernah mengalami apa yang dia lalui.

BACA: Rotan anak hingga luka dan lebam, suami Ziana Zain didakwa

BACA: 'Doakan yang terbaik buat saya dan anak-anak' - Ziana Zain

Ziana meluah isi hatinya itu menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, hari ini.


Dalam pada itu, selebriti tersebut turut mendapat sokongan dan kata-kata semangat dari netizen terhadap kontroversi yang melanda dirinya baru-baru ini.

Selain itu, status Ziana di IG peribadinya menerima 608 komen selain 13,544 likes.

Terdahulu, suami  Ziana, Armin Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret selepas tuduhan dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam pada 25 Februari lalu.

Ziana Zain atau nama sebenarnya, Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.



Sumber 'Jangan buat andaian sekiranya tidak alami apa saya lalui,' luah Ziana Zain

Post a Comment

Previous Post Next Post