Jual tembikai boci, OKU raih hingga RM400 sehari

Longgokan pelbagai jenis tembikai untuk dijual dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, pada Februari 2016. Seorang OKU sekarang menjual tembikai boci di Pulau Kerengga, Marang. — Foto ihsan Facebook/Nor Hasimah Md Nor‎Longgokan pelbagai jenis tembikai untuk dijual dekat Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, pada Februari 2016. Seorang OKU sekarang menjual tembikai boci di Pulau Kerengga, Marang. — Foto ihsan Facebook/Nor Hasimah Md Nor‎MARANG, 20 Mac — Lelaki orang kurang upaya (OKU) meraih hingga RM400 sehari sejak seminggu lalu dengan menjual tembikai boci di tepi jalan di sini.

Hashim Omar, 61, berkata musim kemarau sekarang membantu melariskan jualan tembikainya di Pulau Kerengga walau bekalan banyak, lapor Harian Metro.

"Apabia tiba musim tembikai, saya akan mengambil peluang berniaga bagi menambah pendapatan," katanya yang mengambil bekalan tanpa modal awal.

Tinggal di penempatan OKU Kampung Rahmat dekat situ, beliau bagaimanapun terpaksa menjual lebih murah RM1.50 sebiji berbanding RM2.50 bulan lalu.

Cacat pada dua-dua kaki sejak lahir, Hashim perlu menjual lebih empat tan tembikai boci dan tembikai kuning dalam tempoh 10 hari sebelum ia rosak.

Berat antara 2 hingga 10kg sebiji, tembikai besar jenis tanpa biji ini rasanya lebih manis dan digemari orang ramai untuk membasahkan tekak.

Mendapat bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hashim tidak bimbang persaingan kerana lokasi itu sudah dikenali ramai.



Sumber Jual tembikai boci, OKU raih hingga RM400 sehari

Post a Comment

Previous Post Next Post