Konflik di Syria, lima NGO hantar memorandum ke PBB

Anggota NGO menyerahkan memorandum bantahan isu kekejaman di Syria ke pejabat PBB di Malaysia, 6 Mac 2018. — Foto BernamaAnggota NGO menyerahkan memorandum bantahan isu kekejaman di Syria ke pejabat PBB di Malaysia, 6 Mac 2018. — Foto BernamaPUTRAJAYA, 6 Mac — Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia hari ini menghantar memorandum kepada pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Malaysia di sini bagi menuntut badan dunia itu menghentikan pembunuhan orang awam di timur Ghouta, Syria.

Jurucakap kumpulan itu, Amir Amsaa Alla Pitchay, berkata mereka menuntut PBB melakukan campur tangan dan menghentikan perbuatan tersebut demi kepentingan orang awam yang tidak bersalah, terutama kanak-kanak dan wanita.

“Tindakan seperti itu amat kejam,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Lima NGO terlibat ialah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia, Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Warisan Lebuh Tamil, Persatuan Kebajikan Majlis Madrasah Muslim Malaysia dan Muslim Active Members.

Setiausaha agung PBB Antonio Guterres dilapor menyifatkan keadaan di Syria sebagai “neraka dunia” bagi orang awam di sana.

Bulan lepas, Israel melancarkan serangan di negara dilanda perang itu dengan mendakwa mereka menyasarkan kehadiran Iran di Syria.

Ia merupakan konfrontasi paling serius antara Iran dan Israel sejak tercetusnya perang Syria pada 2011 dan berlaku ketika memuncaknya serangan kerajaan Syria di wilayah Ghouta dan Idlib, yang dikuasai pemberontak. — Bernama



Sumber Konflik di Syria, lima NGO hantar memorandum ke PBB

Post a Comment

Previous Post Next Post