Bukan Islam perlu sokong BN demi jaga hak mereka, kata Nazri

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menegaskan pengundi bukan Islam perlu menyokong BN demi memastikan hak mereka terpelihara. — Foto oleh Yusof Mat IsaDatuk Seri Nazri Abdul Aziz menegaskan pengundi bukan Islam perlu menyokong BN demi memastikan hak mereka terpelihara. — Foto oleh Yusof Mat IsaPETALING JAYA, 6 Mac — Pengundi bukan Islam perlu menyokong calon bukan Melayu dari parti komponen BN, kata menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Selaku anggota Majlis Tertinggi Umno, beliau menggesa mereka agar bekerja bersama parti itu “demi memastikan hak mereka terpelihara”, lapor Malaysiakini.

Ditemu bual portal itu, Nazri berkata kerajaan pimpinan Umno bersama parti komponen lain tidak pernah dan tidak sesekali berkompromi hak bukan Melayu demi keuntungan politik.

“Saya merayu kepada bukan Melayu, adalah jalan terbaik bagi mereka mengundi MCA, MIC dan bekerja bersama Umno,” katanya dalam wawancara itu.

Wakil rakyat Padang Rengas berkata sejak penubuhan BN dan kemerdekaan, kerajaan pimpinan Umno tidak pernah mengetepikan hak bukan Melayu.

“Saya sentiasa bekerja dengan baik dengan menteri-menteri bukan Islam yang lain untuk memastikan bahawa tidak ada akta digubal jika ia menjejaskan hak bukan Islam,” katanya.

Walau Nazri mengakui Umno tetap kekal sebagai “abang besar” dalam BN, beliau turut menafikan parti tersebut “membuli” rakan-rakan dalam komponen tersebut.

Beliau juga meminta pengundi bukan Islam berhenti “menghukum” parti komponen BN dan mengundi mereka untuk membentuk kerajaan yang kuat pada PRU14.


 



Sumber Bukan Islam perlu sokong BN demi jaga hak mereka, kata Nazri

Post a Comment

Previous Post Next Post