Lelaki Singapura lemah! Alami masalah kualiti sperma yang tidak kuat

SINGAPURA kini berdepan dengan masalah kualiti sperma lelaki yang tidak kuat selain kurang aktiviti seks dan perkahwinan sekali gus menyaksikan kejatuhan kelahiran bayi di negara itu.

Lelaki Singapura lemah! Alami masalah kualiti sperma yang tidak kuat

Lelaki Singapura lemah! Alami masalah kualiti sperma yang tidak kuat

Perkara amat memalukan itu didedahkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Singapura, Josephine Teo pada Khamis yang mengakui bahawa kadar kesuburan keseluruhan (TFR) susut kepada 1.16 pada tahun 2017.

Ini sekali gus menjadikannya angka kedua terendah sejak mencecah paras 1.15 pada tahun 2010. Teo mendedahkan demikian semasa menyentuh tentang strategi penduduk pada perbahasan Jawatankuasa Peruntukan di Parlimen.

Statistik TFR – yang mengukur purata anak bagi setiap wanita – disediakan sejak tahun 1960. Paras 1.16 terus menunjukkan trend yang merosot sejak tahun 2014 (1.25), 2015 (1.24) dan 2016 (1.20).

Beliau juga menjelaskan TFR rendah itu: “Dari 1950-an hingga ke 1960-an, kita meraih ‘jumlah kelahiran bayi yang ramai’, mencecah paras amat tinggi. Kohort ini berusia dalam lingkungan pertengahan 50-an hingga 60-an tahun.

“Apabila ramai baby boomers ini berkahwin dan mula mempunyai anak, kita menyaksikan pula kesan susulan pada lewat tahun 1980-an dan 1990-an, di mana kelahiran juga mencecah paras yang agak tinggi.”

“Hari ini, ramai baby boomers susulan berusia sekitar 20 hingga 30 tahun. Mereka termasuk dalam denominator yang digunakan untuk hitung TFR. Namun mereka hanya baru memasuki usia boleh melahirkan anak,” katanya.

Berbanding kohort awal, lebih ramai daripada mereka yang belum berkahwin atau ada anak. Apabila mereka sudah berkahwin atau menimang cahaya mata, kita boleh jangka numerator, iaitu jumlah kelahiran, akan terus meningkat.

TFR kemudian ujarnya mungkin naik juga Teo akur bahawa Anggota Parlimen mungkin fikir sama ada TFR terus merosot, atau penurunan itu mungkin kerana pasangan baru kahwin belum mahu ‘langkah’ ke dunia keibubapaan.

Senario itu seperti mana yang berlaku semasa krisis kewangan global pada tahun 2009. Teo berkata: “Kita tidak boleh memberi kata putus. Tinjauan menunjukkan sejumlah besar rakyat muda Singapura mahu berkahwin.

“Mereka juga mahu menimang cahaya mata. Bagaimanapun… ini bukanlah satu-satunya matlamat kehidupan mereka. Rakyat muda Singapura hari ini memiliki banyak peluang memburu aspirasi mereka.

“Mereka juga mungkin memilih untuk memiliki rumah sendiri atau mengukuhkan kedudukan kewangan sebelum diri rumah tangga. Faktor ini menyumbang kepada rakyat Singapura yang berkahwin dan ada anak kemudian hari.

“Bagaimanapun, pasangan yang berkahwin usia lewat mungkin mengalami masalah melahirkan anak,” tegasnya. Dari segi perubatan, peluang seseorang itu hamil, semakin berkurangan selepas mencecah usia 35 tahun.

Meskipun begitu, beliau tidak menjangkakan perubahan besar terhadap dasar imigrasi Singapura. “Jika bilangan penduduk sedia ada Singapura dapat ganti dengan TFR pada paras 2.1, kita dapat raih bilangan penduduk stabil.

“Ini unjuran pada masa hadapan, tanpa sebarang imigrasi. Tetapi, pada TFR sedia ada dan jika tidak berlaku imigrasi sama sekali, bilangan penduduk rakyat tempatan akan menguncup dalam jangka panjang,” katanya.

“Pada kadar sedia ada imigrasi, kita hampir capai kesan serupa seperti penggantian penuh TFR. Oleh itu, kita tidak jangka perubahan besar terhadap dasar imigrasi buat masa ini. Dalam kata lain, dengan kadar sederhana imigrasi.

“Singapura masih lagi boleh mencegah bilangan penduduk rakyat tempatan daripada terus menguncup dalam jangka panjang sehingga terpaksa digantikan oleh pendatang asing baharu yang diberi taraf kewarganegaraan.”

Teo juga memberi jaminan di Parlimen bahawa Singapura menerima jumlah pendatang “diseimbangkan dengan penuh berhemah” setiap tahun. Tahun lalu, sebanyak 22,076 Kerakyatan Singapura diberikan.

Ia hampir sama berbanding beberapa tahun kebelakangan ini, dedahnya. “Kita juga meluluskan jumlah stabil Penduduk Tetap (PR) setiap tahun, di mana ramai dalam kalangan mereka kemudian menjadi rakyat Singapura.

“Bilangan penduduk PR masih sebahagian besarnya stabil pada sekitar 530,000, dengan 31,849 PR dihulurkan tahun lalu.” Teo juga membentangkan tentang bagaimana pemerintah “boleh bantu mereka yang berkahwin”.

Sambil merujuk kepada sokongan berterusan yang diberikan melalui Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan sejak tahun 2001, beliau turut mendedahkan beberapa inisiatif akan datang dirancang pihak berkuasa Singapura.

Bagi bantu pasangan mendapatkan rumah dengan lebih pantas, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan sebanyak 1,100 flat dengan masa menunggu lebih singkat sekitar 2.5 tahun pada tahun 2018.

Ia melibatkan penawaran sejumlah 2,000 lagi unit flat awam bakal dilancarkan sepanjang tahun 2019. Pihak pemerintah juga memberikan lebih kelonggaran bagi proses geran dan pinjaman, dedah Teo lagi.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) juga terus meningkatkan jumlah tempat bagi jagaan bayi dan kanak-kanak dimampui dan bermutu, dengan 40,000 tempat baharu prasekolah sehari dalam masa lima tahun.

Dalam percubaan merangsang tempat kerja lebih mesra keluarga, sektor awam sedang rintis cuti jagaan bayi tanpa gaji selama empat minggu, bagi kedua-dua ibu bapa, untuk menguji kesesuaian umum bagi cuti yang lebih panjang.

Pemerintah juga akan meminta lebih ramai majikan menyokong Piawai Tiga Pihak bagi Jadual Kerja Fleksibel (FWA). Geran Kerja-Kehidupan juga akan dilanjutkan dan ditingkatkan bagi menyediakan lebih banyak sokongan.

Ini kepada syarikat-syarikat perusahaan bagi menggalak pendakapan FWA, khususnya perkongsian kerja. Ini akan menjadikannya lebih mudah bagi pekerja melaksanakan amalan yang meningkatkan usaha mesra keluarga.

Piawai Tiga Pihak yang baharu turut diperkenalkan bagi menggalakkan majikan menyediakan cuti penjagaan bagi keadaan yang tidak dijangkakan seperti kondisi sejak lahir atau penyakit yang berlaku secara mendadak.

Bagi mendorong pendakapan secara sukarela oleh pihak majikan, cuti sedemikian ditawarkan dengan tanpa gaji dan dihadkan kepada empat minggu, jelas Teo.

Sumber: Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 



Sumber Lelaki Singapura lemah! Alami masalah kualiti sperma yang tidak kuat

Post a Comment

Previous Post Next Post