KUALA LUMPUR, 5 Mac — Bekas isteri pemuzik Ude Wahid ditawar menjadi model tudung selepas diceraikan suaminya minggu lalu.
Intan Liana Saleh, 33, menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah sejak isu penceraiannya menjadi sensasi, lapor mStar Online.
“Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku.
“Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja,” katanya.
Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda juga bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya “Lawabybonda” pada bulan ini dan dijual secara dalam talian.
“Produk itu masih dalam proses nak siap dan hanya akan dijual menerusi talian sahaja. Nanti akan dimaklumkan menerusi Instagram saya,” katanya.
Kehidupan Intan dan Ude menjadi sensasi apabila suaminya itu bercadang menceraikannya di mahkamah pada 22 Mac depan.
Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.
Sumber Lepas isu cerai sensasi, bekas madu Izreen ditawar model