SEREMBAN, 5 Mac — Cadangan memperkenal semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dianggap tindakan “gila”.
Menteri besar Negeri Sembilan berkata perkara itu dinyatakan sendiri ketua pengarah Unesco dalam satu pertemuan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai menteri pelajaran.
“Ketua pengarah itu memberitahu bahawa tindakan Malaysia menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran itu sebagai gila,” kata Datuk Seri Mohamad Hasan, lapor Utusan Online.
“[...] kerana tidak ada negara di dunia yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris yang berbuat demikian”.
Beliau berkata dasar itu, mula diperkenal sejak 2003, mewujudkan jurang sekolah bandar dan luar bandar sekaligus hanya menjadikan pelajar sebagai bahan uji kaji.
Mohamad mengulas kenyataan pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan PPSMI mungkin dilaksanakan semula jika Pakatan Harapan menang PRU-14.
Sumber MB: ‘Gila’ ajar Sains, Matematik dalam bahasa Inggeris