Justeru, katanya, adalah penting untuk menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat oleh kerana pembelajaran, sama ada formal atau tidak formal, akan membawa kepada peningkatan kemahiran yang pada masa sama dapat meningkatkan produktiviti negara.
"Kita mesti terus memanfaatkan sepenuhnya potensi bakat sedia ada jika kita mahu menjadi lebih berdaya tahan.
"Saya sesungguhnya ingin menegaskan betapa pentingnya melabur dalam pendidikan dan kemahiran semula; kemahiran yang lebih tinggi; dan kemahiran bakat tempatan disebabkan faktor-faktor ini penting untuk mempertingkatkan mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya," katanya pada konvokesyen program Latihan Penilaian Pengiktirafan Pembelajaran Melalui Pengalaman (RPEL) di sini pada Jumaat.Sejumlah 276 graduan dari Sarawak memperoleh pengiktirafan melalui program RPEL dan 132 daripadanya menerima diploma mereka daripada Riot pada majlis itu.
Para graduan ini merupakan peserta daripada Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat).
Riot kemudiannya memberitahu pemberita, inisiatif RPEL yang memberikan pengiktirafan formal dan pensijilan kemahiran teknikal dan pengurusan, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh daripada pekerjaan, kehidupan atau kajian terdahulu dilihat sebagai batu loncatan ke arah mobiliti yang lebih baik dan kebolehpasaran pekerjaan di kalangan pekerja tempatan.
Beliau berkata graduan diberi diploma di bawah Kemahiran Malaysia yang akan membuka kepada mereka peluang yang mungkin tidak tersedia sebelum ini, termasuk pilihan untuk melanjutkan pengajian dan akses kepada prospek kerja yang lebih baik serta gaji yang lebih tinggi.
"Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan bilangan pekerja mahir daripada kumpulan berpendapatan Bawah 40 peratus (B40) dan meningkatkan kesejahteraan ekonomi dengan mengurangkan kadar pengangguran negara yang kini 3.3 peratus," katanya sambil menambah bahawa program itu akan diteruskan dengan bilangan pengambilan yang tidak terhad tetapi dengan pemilihan calon yang teliti.
-- BERNAMA
Sumber Majoriti tenaga buruh di Malaysia tidak dilengkapi kelayakan dan kemahiran - Riot