Masak ayam, ikan sepenuhnya sebabkan penyakit jantung

Membakar atau memanggang daging, ayam dan ikan sepenuhnya masak atau terlalu masak boleh menyebabkan penyakit darah tinggi. — Foto AFPMembakar atau memanggang daging, ayam dan ikan sepenuhnya masak atau terlalu masak boleh menyebabkan penyakit darah tinggi. — Foto AFPNEW YORK, 23 Mac — Daging, ayam atau ikan yang dibakar masak sepenuhnya boleh meningkatkan risiko penyakit darah tinggi, kata satu kajian terkini.

Mereka yang memanggang atau membakar hidangan itu dengan cara demikian lebih 15 kali sebulan meningkat risiko tersebut sebanyak 17 peratus. 

Peratusan risiko ini dibandingkan dengan mereka yang berbuat demikian kurang empat kali sebulan, lapor AFP-Relaxnews hari ini.

Risiko tekanan darah tinggi wujud apabila daging, ayam atau ikan menghasilkan kimia heterocyclic aromatic amine (HAA) apabila dibakar. 

Kajian ini dijalankan pada 86,507 wanita dan 17,104 lelaki dengan mengikuti gaya pemakanan dan tekanan darah mereka selama 12 hingga 16 tahun.

Dijalankan oleh Kajian Kesihatan Awam TH Chan di Boston, hasil kajian itu dibentangkan dalam satu persidangan Persatuan Jantung Amerika Syarikat.

HAA menghasilkan tekanan oksidatif, radang dan penolakan insulin yang dikaitkan dengan pengecilan saluran arteri dan akhirnya sakit jantung. 

Dapatan ini hanya beberapa hari selepas kajian di Israel yang menunjukkan memakan terlalu banyak daging yang dimasak sepenuhnya boleh meningkatkan risiko penyakit hati berlemak bukan akibat alkohol. 

Walau kajian di Amerika ini tidak melihat beberapa faktor lain, ketuanya Gang Liu menyarankan cara masak seumpama ini dikurangkan. 

* Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Masak ayam, ikan sepenuhnya sebabkan penyakit jantung

Post a Comment

Previous Post Next Post