Nasi Goreng Sotong Emas tampil kelainan

DUNGUN: Nasi goreng merupakan menu biasa yang sinonim bagi penduduk di negara ini .

Namun, berbeza dengan peniaga di Kampung Seberang Pintasan di Dungun, Terengganu apabila menyajikan kelainan pada menu nasi goreng iaitu Nasi Goreng Sotong Emas.

Menurut pemilik gerai, Mohd Arif Abdullah, 44 tahun, sebelum ini gerai yang diusahakannya kurang mendapat sambutan pelanggan.

Nasi goreng sotong emas yang menarik perhatian penduduk di sekitar Dungun. - Foto Astro AWANI

Bagaimanapun, selepas pelbagai usaha dan ikhtiar bersama isterinya, Suhana Muhammad, 48 tahun, gerai mereka kini menjadi tumpuan pengunjung hanya untuk menikmati hidangan istimewa Nasi Goreng Sotong Emas.

“Mula-mula saya terfikir nak buat macam mana sebab sebelum ini kita buka dan jual nasi lemak tapi tiada sambutan. Atas nasihat gerai sebelah yang menyarankan hidangan masakan panas… kami pun mencubanya.

“Pada mulanya tidak juga mendapat sambutan apabila hanya nasi goreng biasa. Namun, kami tambah nilai dengan meletakkan sotong hingga menjadi tular,” katanya.

Menurut Mohd Arif dia terpaksa mendapatkan bekalan sotong segar sehingga 50 kilogram sehari berbanding sekitar 10 kilogram sebelum ini.

Antara pengunjung yang datang untuk menikmati menu nasi goreng sotong emas. - Foto Astro AWANI



Sumber Nasi Goreng Sotong Emas tampil kelainan

Post a Comment

Previous Post Next Post