Kesemua mereka berusia 10 hingga 14 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kira-kira jam 11 malam ketika sedang berlumba menuruni bukit di Jalan Titi Serong, Balik Pulau.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Superintendan A. A. Anbalagan memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan daripada orang awam berhubung tindakan sekumpulan geng basikal lajak yang menunggang secara merbahaya di lokasi berkenaan.Susulan itu, lima anggota trafik telah melakukan pemantauan dan berjaya menahan mereka sebelum dibawa ke Balai Polis Balik Pulau untuk diambil keterangan.
“Tindakan saman dikenakan ke atas mereka di bawah Kaedah 42(3) LN 166/59 - Kaedah Lalulintas 1959 sebelum dibebaskan,” katanya.
Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai khususnya kanak-kanak supaya menghentikan segera aktiviti tersebut sebelum kecelakaan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Beliau turut meminta kerjasama ibu bapa dalam menjaga dan memantau aktiviti anak masing-masing agar tidak terjebak dengan aktiviti yang boleh membahayakan nyawa mereka serta penggguna jalan raya yang lain.
Sumber Tujuh kanak-kanak, remaja geng basikal lajak ditahan polis