'Pemilik katerer janji depan polis bayar ganti rugi 50%, tapi sampai sekarang tak bayar'

Susulan laporan sepasang pengantin baru mendakwa telah dianiaya sebuah syarikat katering dari Rawang, Selangor, laporan polis yang dibuat berhubung kes itu tersebar di media sosial. 
Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pengantin lelaki mendakwa, pada 17 Februari 2018 jam 8 pagi, pihak katering yang telah dibayar tidak menyediakan perkhidmatan yang telah dijanjikan sepenuhnya. 
Tidak puas hati dengan insiden itu, pengadu juga menyenaraikan perkara berikut:
  1. Perjanjian tidak ditepati sebanyak 80%
  2. Masakan lauk ayam rosak/busuk.
  3. Tiada pintu gerbang, photographer, makanan beradab untuk pengantin tiada, tiada pelayan untuk tetamu, tiada kek.
  4. Pelamin tidak sama seperti digambarkan.
  5. Bayaran sudah dilakukan sebanyak RM13,850. Jumlah sebenar pakej RM15,400.
  6. Tiada tisu, ais batu, peralatan mencuci pinggan mangkuk.
  7. Bayaran sewa meja kerusi kepada pihak lain masih tertunggu sebanyak RM900, Dj radio/majlis masih tertunggak RM450.
  8. Banyak perkara dibatalkan di saat akhir.

Ekoran insiden itu, pihak pengantin menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 50% daripada jumlah yang telah dibayar kepada syarikat katering berkenaan. 

Menurut sumber, pemilik syarikat katering berkenaan telah berjanji di hadapan polis untuk membayar ganti rugi 50% seperti yang diminta oleh pengantin pada 24 Februari lalu. Namun sehingga kini, pihak pengantin tidak dapat menghubungi pemiliknya.
"Janji depan polis nak bayar balik separuh ganti rugi 50% pada 24 Februari lalu, tetapi sampai sekarang tak nak respon. 

"Itu dah kira budi bicara pengantin lelaki nak tuntut ganti rugi 50% saja lebih kurang dalam RM7,000 sebab tak nak panjangkan kes ini.Sepatutnya dia (pemilik) bayar pada hari yang sama, tetapi dia minta tempoh seminggu. Namun sehingga ke hari ini dia tak nak jawab mesej mahupun panggilan.
"Semasa majlis resepsi itu, pengantin lelaki juga yang kena bayar upah tiga pelayan lelaki sebab pemilik katering kata tiada duit. Mereka bawa dua orang saja pelayan budak perempuan untuk tolong adik ipar perempuan dia tukang jaga makanan. 
"Sub cons pun ada yang dia belum bayar juga. Ini memang jenis manusia spesis apa pun tak tahulah. Pandai ambil duit pelanggan tetapi tak tahu bayar upah orang lain.

"Katerer itu ibarat hanya membekalkan makanan saja. Yang lain-lain memang hancur. Kami terpaksa keluar duit tambahan untuk membeli macam-macam pada hari majlis itu. 
"Lebih kurang jam 2 petang, bila makanan busuk, dia keluar pergi beli ayam panggang/goreng untuk top up." katanya. 
BERITA BERKAITAN:


Sumber 'Pemilik katerer janji depan polis bayar ganti rugi 50%, tapi sampai sekarang tak bayar'

Post a Comment

Previous Post Next Post