Perah Jho Low bayar hutang negara

Bebanan hutang negara hampir RM900 bilion akan berjaya disusutkan sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU14.

Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad menyatakan keyakinannya bahawa sekiranya Harapan dipilih rakyat dan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ada caranya untuk mengurangkan bebanan hutang yang ditanggung negara.

"Saya akan perah Jho Low dan tengok berapa banyak mereka boleh pulangkan duit kita untuk selesaikan hutang RM900 bilion tu.

"Tapi saya tak kata hasil perahan dengan jual kapal mewah Jho Low dan berlian merah itu dapat langsaikan semua hutang negara tapi boleh la kurangkan hutang bertimbun itu," katanya ketika berucap di majlis kenduri dan doa selamat bersama anak kariah Kampung Baharu, di sini, petang tadi.

Bekas Perdana Menteri keempat itu juga membidas bahawa hutang itu tidak akan diselesaikan dalam tempoh yang singkat kerana ia membabitkan jumlah yang besar.

"Tiga, empat generasi pun tak cukup nak bayar hutang RM900 bilion tapi idea saya kita tangkap Jho Low perah dia kita dapat duit, kapal mewah dia bernilai RM1 bilion.

"Bawa Jho Low ke sini kita buat acara perahan, tengok berapa banyak duit dia dah 'sauk'," tambahnya.

Beliau yakin dapat mengembalikan sebahagian duit yang diseleweng oleh 1MDB dengan syarat rakyat harus menukar kerajaan sedia ada.

Sementara itu, Mahathir  menafikan keyakinan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar bahawa syarikat pelaburan strategik itu akan ditutup sebaik saja hutang firma itu berjaya diselesaikan.

"Saya tak rasa mereka mampu bayar, lagi 100 tahun pun belum tentu, dia hutang RM4.2 bilion saya nak tahu dari mana dia dapat duit untuk bayar hutang? Soal Mahathir lagi.

Negarawan itu juga meminta Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak  menunjukkan bukti bahawa kapal layar The Equanimity bukan dibeli menggunakan dana 1MDB.



Sumber Perah Jho Low bayar hutang negara

Post a Comment

Previous Post Next Post