Saiz Buah Dada Kecil, Alicia Vikander Dianggap Gagal Memikat

Karakter Lara Croft dalam filem Tomb Raider memang cukup dikenali sebagai seorang wanita yang kuat dan hatinya kental. Disebabkan itu, bukan calang-calang aktres boleh membawakan watak tersebut.

Selepas beberapa minggu ditayangkan di pawangan serata negara, filem yang dibikin semula (remake) Tomb Raider mendapat perhatian sekaligus menjadi bualan hangat kaki wayang seglobal.

Antara yang diperkatakan tentunya hasil lakonan Alicia Vikander. Meskipun pelakon yang pernah meraih anugerah Oscar ini menunjukkan kesungguhan dan memberi sepenuh komitmen sebagai Lara Croft namun dia tetap mendapat kritikan daripada pengkritik dan pemerhati filem.

Seorang pengguna YouTube yang dikenali sebagai TJ Kirk @ The Amazing Atheist mengkritik bentuk badan Alicia yang dikatakan kurus dan saiz ukuran buah dadanya yang kecil berbanding penampilan Angelina Jolie yang lebih mengiurkan dan seksi.

Bukan itu saja, pengkritik tersebut juga beberapa kali memuat naik status yang terang-terang menyindir Alicia tanpa belas. Dia mengatakan Alicia dilihat sangat menyedihkan sepanjang melakonkan watak Lara Croft.

"Satu-satunya game 'Tomb Raider' yang pernah saya mainkan adalah yang terbaru. Saya rasa pengurangan ukuran payudara cukup mengganggu. Tapi aktres baru ini sangat menyedihkan, dia sangat tidak memikat," tambahnya.

..

..

Komen pedas TJ Kirk itu TJ tersebut memancing perhatian para pengguna Twitter yang lain. Rata-rata turut memberikan komen negatif terhadap Alicia.

Sementara itu, pencipta game asal Tomb Raider mengakui bahwa karakter Lara Croft dari video game tersebut yang sebenarnya memiliki bentuk buah dada yang terlalu besar karena efek dari konsol 32-bit.

Disebabkan karakter Lara yang berambut panjang sejak dari awal, maka mereka memperbesarkan ukuran payudara Lara dan pinggul supaya lebih mudah membezakannya sebagai karakter wanita.

Sementara itu, Angelina Jolie yang sebelum ini yang membintangi Lara Croft: Tomb Raider serta Lara Croft Tomb Raider: Cradle of Life, terpaksa mengenakan bra berukuran 36D agar bahagian dadanya terlihat lebih menonjol.

Di sisi lain, Alicia juga pernah mengatakan bahwa ukuran payudara bukan menjadi perhatiannya dalam menghidupkan watak Lara Croft.



Sumber Saiz Buah Dada Kecil, Alicia Vikander Dianggap Gagal Memikat

Post a Comment

Previous Post Next Post