Memetik laporan mStar online, Sufian mendedahkan ada beberapa universiti swasta dan awam menawarkannya biasiswa dan peluang menyambung pengajian di peringkat tersebut.
Mengaku berat hati untuk menolak tawaran itu namun apa yang lebih membimbangkan seandainya dia tidak dapat membahagikan masa dengan baik. Justeru buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada karier nyanyian.
"Alhamdulillah ada beberapa universiti menawarkan saya untuk lanjutkan pelajaran ke peringkat PhD walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian di peringat Ijazah Sarjana.
"Ada beberapa tawaran menarik diberikan termasuk biasiswa penuh dalam bidang komunikasi dan pengurusan.
"Saya menganggap ini sebagai rezeki kerana bukan mudah untuk mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke PhD," katanya yang kini popular dengan single terbaharu, Di Matamu.
Bekas tunang Elfira Loy ini baru menyelesaikan Ijazah Sarjananya dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, pada Februari lalu.
Sumber Sufian Terpaksa Lepaskan Tawaran Biasiswa, Sambung PhD