'Tak salah kalau anak saya nak masuk dunia hiburan, asalkan...' - Norman Hakim

KUALA SELANGOR : Norman Hakim tidak akan menghalang anak-anaknya untuk cuba mengikuti jejak langkah ayahnya dalam menceburi dunia seni dan hiburan, asalkan mereka telah menguasai hafazan al-Quran sepenuhnya.

Artis berumur 42 tahun itu berkata demikian sewaktu menghadiri program Selangor #QuranHour di Masjid Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya pada Jumaat.


"Tak salah untuk pilih bidang apa sahaja mereka ceburi selepas mereka dah menguasai al-Quran.

"Kalau mereka nak masuk dalam bidang seni pun mereka kena tahu niat dan perjuangan mereka dalam dunia seni," katanya selepas selesai sesi bergambar.

Norman selaku duta Rumah Ngaji itu juga sempat kongsikan perkembangan semasa anaknya yang kini sedang diberi pendedahan ilmu agama.

"Alhamdulillah anak pertama saya sedang belajar dalam diploma pengajian hafazan al-Quran di Turki dan anak kedua saya sedang diberi pendedahan dalam kelas tahfiz," ujarnya.

Anaknya Mohamed Danish Hakim, 15 tahun merupakan antara 10 pelajar terpilih melanjutkan pengajian hafazan di sebuah institusi pengajian Islam, Mekke Kuran Kursu di Isparta, Turki.

Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia.Dari saat dia masuk asrama utk mulakan pengajian hafazan,saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih,bahu saya tempat dia bersandar utk luahkan rasa & air mata . . Tapi hari ni dlm sejarah,semuanya jadi terbalik.Saya yg longlai kat bahu dia.Ber'tan' air mata jatuh sampai basah baju dia.Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni.Hari jadi hening.Cuaca terik pun jadi bening . . Baru saya sedar dia lagi 'kuat' dari saya.Anak ini dah bersedia utk 'menakluk akhirat' di dunia yg sementara.Fizikal mungkin sama,tapi jiwa & mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, AL-QURAN dah ada dalam dada.Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa . . Ampun maaf abg,rupanya papa tak 'sekuat' yg disangka.Semoga Allah s.w.t ampunkan khilaf papa ni . . Selamat berjuang anakku sayang Mohamed @danishhakim_243 .Doa papa hak abg utk menakluk akhirat didunia,sementara menunggu doa abg utk hak papa pula antara 3 perkara utk 'bantu' papa dibarzakh yg wallahualam tak tahu bila,tapi pasti akan tiba . . Selamat mengiringi 'jihad' Mohamed @danishhakim_243 ke Turki abah @jaiezzany ,mama @abby_abadi112 ,adik @marissadania_ & baby @mariadanishahakim_2008 .Semoga selamat perjalanan ketika ini dibawah lindungan Allah s.w.t & para malaikat yg bertugas dibawah kerajaanNya Aamiin Ya Rabb❤️ . . @Regrann from @abby_abadi112 - Papa Danish ❤️ Ingat Abang selalu dalam doa Papa ye.. . ikhlas, Mama


Menurutnya, kini dia sedang terlibat dalam penggambaran siri kepolisan dan drama bersiri di samping menjadi duta untuk beberapa produk kesihatan.

Norman turut berkata kini rutin hidup bersama keluarganya lebih teratur.



Sumber 'Tak salah kalau anak saya nak masuk dunia hiburan, asalkan...' - Norman Hakim

Post a Comment

Previous Post Next Post