Tidak salah tembam, Miera cuba kawal emosi

Miera kini berjaya mengurangkan berat badan sehingga 56 kilogram dan enggan menurunkan lagi kerana harus belajar menerima kekurangan diri. — Foto ihsan Instagram/ Miera LiyanaMiera kini berjaya mengurangkan berat badan sehingga 56 kilogram dan enggan menurunkan lagi kerana harus belajar menerima kekurangan diri. — Foto ihsan Instagram/ Miera LiyanaKUALA LUMPUR, 25 Mac — Pelakon Miera Leyana Kasmi kecewa dirinya dibuli di alam siber ekoran tubuh badannya kelihatan sedikit berisi.

Miera, 24, mengakui fobia untuk sesi fotografi kerana tertekan dengan usikan “pipau dan perempuan gemuk” oleh netizen.

Hal demikian berlaku setiap kali foto dirinya dimuat naik di laman sosial sehingga timbul perasaa rendah diri dan malu, lapor Harian Metro.

“Apabila usia kian meningkat, hormon mula berubah. Rupa-rupanya tabiat makan tidak menentu memberi kesan dan berat badan mula bertambah.

“Perkara ini saya mula perasan apabila pakaian semua jadi ketat,” kata pelakon asal Johor Baru ini.

Namun Miera sedar penghinaan terhadap dirinya boleh mengganggu psikologi dan nekad enggan lagi dibuli di alam siber.

“Selain menjaga pemakanan, saya kembalikan keyakinan dengan mengingatkan diri bahawa tubuh berisi tidak bawa kesan buruk,” katanya.

Beliau kini berjaya mengurangkan berat badan sehingga 56 kilogram dan enggan menurunkan lagi kerana harus belajar menerima kekurangan diri.



Sumber Tidak salah tembam, Miera cuba kawal emosi

Post a Comment

Previous Post Next Post