JOHOR BARU, 25 Mac — Tunku Ismail Sultan Ibrahim sah melepaskan jawatan sebagai presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, lapor Harian Metro.
Tunku Mahkota Johor (TMJ) menunjukkan surat peletakan jawatan pada sidang media selepas Kongres Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di sini hari ini.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang percaya kepada saya, penaja dan pasukan yang bertanding.
“Ini adalah surat peletakan jawatan saya sebagai Presiden FAM,” beliau dilaporkan berkata.
Tunku Ismail pada 15 Mac lalu mengumumkan peletakan jawatannya secara serta merta.
Menurut baginda, keputusan itu dibuatnya atas rasa tanggungjawab terhadap kejatuhan ranking skuad kebangsaan.
Sumber TMJ sah lepas jawatan presiden FAM
Tags:
PMMO