Toys 'R' Us Semakin Tenat Dan Bakal Bungkus

Toys 'R' Us Semakin Tenat Dan Bakal Bungkus

Foto: shutterstock.com, TODAYonline dan Vocket

Syarikat gergasi jualan mainan kanak-kanak Toys ‘R’ Us kini membuat persiapan menutup 800 cawangan perniagaan dan operasinya di seluruh Amerika Syarikat (AS).

 

Terdahulu pada Januari lalu, syarikat berkenaan mendedahkan rancangan untuk menutup perniagaannya di 184 lokasi di AS.

 800 cawangan di AS terpaksa ditutup.

Syarikat yang dikatakan dalam keadaan tenat itu dijangka mengumumkan keputusan mengenai masa depan syarikat tersebut esok, menurut laporan MailOnline.

 

Penutupan itu dipercayai terpaksa dilakukan selepas syarikat tersebut berhadapan kesukaran mencari rakan niaga atau peminjam wang untuk menstrukturkan semula hutang, lapor laman web ekonomi, Bloomberg.

 

Toys ‘R’ Us diisytiharkan muflis pada September lalu, menerima pinjaman baharu bernilai AS$3.1 bilion (RM12.1 bilion) sebagai langkah memulihkan potensi perniagaannya.

 

Cawangannya di United Kingdom (UK) telah dikenakan tindakan pentadbiran pada Februari lalu, namun di Asia, Toy ‘R’ Us dilaporkan masih mampu meraih keuntungan di kebanyakan kawasan.

 

Manakala di Kanada, syarikat Pemasaran VP memberitahu CBC, “Perniagaan kami di berjalan seperti biasa” walaupun turut berdepan pengisytiharan muflis.

 

Sumber: Kosmo Online



Sumber Toys 'R' Us Semakin Tenat Dan Bakal Bungkus

Post a Comment

Previous Post Next Post