16 Baris: Tak sangka dibanjiri ribuan peminat, Joe Flizzow mohon maaf

KUALA LUMPUR : Susulan berita showcase 16 Baris yang julung-julung kali dipersembahkan secara percuma di The Bee, Publika yang dikatakan tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir, Joe Flizzow selaku penganjur tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf. 

Menurut Joe, perkara yang terjadi berlaku di luar kawalan pihak pengurusan dan mereka tidak menjangkakan ribuan peminat akan hadir malam ini (Sabtu).

“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served.

“Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada siapa yang tercedera.

“Selepas dengar apa yang berlaku di luar, perkara utama yang saya pastikan adalah tiada kaum wanita mahupun anak-anak kecil yang tercedara,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Dalam pada itu, Joe turut menjelaskan mengapa The Bee menjadi platform untuk showcase pertama ini.

BACA: 16 Baris: Tempat persembahan tak mampu tampung limpahan peminat hip hop?

“Ini kerana kami tidak mempunyai dana yang mencukupi. Bajet kami adalah terhad dan persembahan ini tiada sponsorship. Jika ada dana yang banyak, kami (pihak pengurusan) akan pilih pentas yang lebih besar.

“Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam ini. Apa yang terjadi merupakan perkara di luar kawalan,” jelasnya.


Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Joe selaku penganjur berkata 16 Baris mungkin akan tampil dengan showcase kedua.

“Jika kami mempunyai dana yang mencukupi, kami pasti akan merancang sesuatu yang lebih besar untuk showcase kedua,” katanya.



Sumber 16 Baris: Tak sangka dibanjiri ribuan peminat, Joe Flizzow mohon maaf

Post a Comment

Previous Post Next Post