KOTA BARU, 17 April — Seramai 21 wanita diberikan notis hadir ke sesi kaunseling agama setelah didapati bersalah berpakaian ketat di sini.
Dalam operasi Majlis Perbandaran Kota Baru (MPKB) kelmarin, empat lagi diperintah hadir ke mahkamah syariah kerana mengulangi kesalahan sama.
“Tindakan diambil mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985,” kata jurucakap MPKB seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
Penguatkuasa MPKB bertindak dengan kerjasama jabatan Islam negeri dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Sopan kelmarin.
Pemeriksaan pakaian tidak menutup aurat yang dibuat di kawasan terbuka di pasar raya, hotel dan tempat peranginan melibatkan 90 anggota.
Sumber 21 wanita diarah hadir kaunseling kes pakaian ketat
Tags:
PMMO